Ibadah

Apa Pun Yang Terjadi Jangan Tinggalkan Solat

Oleh Natirah Azira  •  5 Jan 2019

Solatlah walaupun anda tidak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna. Solatlah walaupun anda melakukan maksiat. Solatlah walaupun anda masih tidak dapat meninggalkan dosa.

Sesungguhnya Allah tidak menyuruh kita menjadi baik dan sempurna barulah solat. Bahkan dengan solatlah kita mampu menjauhkan diri daripada hal-hal yang buruk. Kerana solat yang sempurna menyucikan hati kita. Seperti air yang mengalir pada batu yang berlumut, lama-kelamaan batu itu akan menjadi bersih.

Bersolat dalam keadaan kita masih berusaha meninggalkan dosa (atau masih tidak dapat meninggalkan dos) bukan bermakna kita seorang yang hipokrit. Jangan tertipu dengan bisikan syaitan yang ingin terus menjauhkan kita daripda Allah. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita, teruskanlah solat kerana solat ialah ibadah antara kita dengan Allah semata.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami