Oleh Natirah Azira • 3 Jan 2019 • 2 min baca
Sejak perang meletus di Syria, lebih kurang 13.5 juta orang telah kehilangan tempat tinggal. Ramai yang telah menjadi pelarian hatta di negara sendiri. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mendapat keperluan asas kehidupan seperti rumah, makanan dan air yang bersih.
Abeer Seikaly, seorang arkitek wanita kelahiran Jordan-Kanada telah tergerak hati untuk menyumbangkan kepakarannya dalam membina khemah perlindungan untuk para pelarian. Uniknya khemah ini kerana ianya dapat berfungsi sebagai alat tadahan air hujan dan juga dapat membekalkan tenaga solar yang diperoleh daripada cahaya matahari.
Ciptaanya ini dinamakan ‘Weaving a home’ atau dalam bahasa Melayunya ‘anyaman rumah’. Kata Abeer, beliau mendapat inspirasi reka bentuk khemah tersebut daripada seni anyaman. Bentuknya memang cantik berangkai seperti anyaman apabila dilihat dari jauh.
Khemah ini mempunyai dua lapisan yang membolehkan udara dingin masuk ketika musim panas dan juga mengalirkan udara lembap keluar. Bahan yang digunakan untuk membuat khemah ini dapat meregang dan mengecut mengikut keadaan cuaca.
Selain itu, air hujan juga dapat dikumpulkan daripada puncak khemah, seterusnya mengalir ke bahagian takungan yang terdapat di bahagian sisi khemah. Tenaga solar yang diserap pula dapat ditukarkan kepada kuasa elektrik yang disimpan di dalam bateri khas.
Projek Ini bermula sejak tahun 2013 dan masih dalam fasa pembinaan. Ia memakan masa yang agak lama kerana mengambil kira nilai serta fungsi bahan-bahan yang dapat memenuhi objektif pembinaan khemah itu sendiri seperti membekalkan keperluan asas air dan juga elektrik.
Walaupun begitu, Abeer berharap setelah ianya mencapai tahap terakhir, pembinaan khemah ini dapat membantu para pelarian untuk mewujudkan sebuah kehidupan baru yang lebih selesa.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.