Berita, Tokoh

Nenney Shuhaidah, Hakim Wanita Yang Disenarai BBC ‘100 Wanita Inspirasi Dan Berpengaruh 2018’

Oleh Natirah Azira  •  28 Dec 2018  •  2 min baca

Nama Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin semakin kerap disebut oleh netizen lebih-lebih lagi apabila beliau disenaraikan oleh British Broadcasting Corporation (BBC) dalam ‘100 Wanita Inspirasi dan Berpengaruh 2018’ pada 19 November yang lalu.

Ketika sebahagian ilmuwan masih lagi berpendapat bahawa wanita tidak boleh menjadi hakim, sistem kehakiman di Malaysia telah melepasi perbahasan ini dan kini mempunyai dua orang hakim wanita. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam dan Syariah serta Ijazah Sarjana Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wanita yang berusia 42 tahun dan merupakan ibu kepada tiga cahaya mata ini menegaskan sekalipun beliau ialah seorang wanita, namun beliau perlu adil dan saksama dalam menguruskan kes-kes berkaitan kepentingan wanita.

“Ketika bertugas sebagai hakim, saya bukan wanita atau lelaki, maknanya saya kena menjalankan tanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang yang sudah ditetapkan dan bukan menyebelahi mana-mana pihak mengikut jantina,”

Menurutnya, sejak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 2016, beliau sudah mengendalikan lebih 300 kes membabitkan permohonan poligami.

Dalam satu temu ramah yang disiarkan Buletin Utama TV3, Nenney mengakui bahawa niatnya untuk membela hak wanita bermula apabila beliau melihat cerita-cerita dan berita tentang penindasan kaum wanita yang sering dipaparkan di kaca televisyen.

Ketika beliau masih menuntut sebagai seorang pelajar, beliau tidak pernah membayangkan dirinya akan menjadi seorang hakim kerana perkara itu agak sukar memandangkan beliau seorang wanita.

Namun kini, beliau sedang membangunkan cita-citanya untuk memperjuangkan hak-hak wanita apabila bertugas sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sejak dua tahun yang lalu.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami