Ibadah

Cara Terbaik Untuk Berdoa

Oleh Natirah Azira  •  22 Dec 2018

Banyak perkara yang kita inginkan dalam hidup ini. Kita inginkan hidup yang selesa, rezeki yang banyak, kesihatan yang baik. Namun kadang-kadang ada doa untuk orang lain yang kita lupa pinta.

Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa doa seorang muslim kepada saudaranya yang lain akan diaminkan oleh para malaikat. Bahkan malaikat akan turut mendoakan agar perkara yang sama diperoleh oleh orang yang berdoa.

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)” (Riwayat Muslim – 4912)

Apa lagi yang lebih syahdu dan tulus melainkan doa yang dipinta untuk seseorang yang jauh, dan tidak didengar oleh sesiapa melainkan Dia.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami