Inspirasi

Aku Hampir ‘Menjual’ Agama Islam Kerana 20 Sen!

Oleh Natirah Azira  •  17 Dec 2018

Saudara Muhammad Hoblos menceritakan dalam video ini ketika dia tinggal di United Kingdom, ada sebuah kisah yang dikongsikan kepadanya tentang seorang syeikh.

Syeikh tersebut dilantik menjadi imam di sebuah masjid. Beliau akan berulang-alik dari tempat tinggalnya ke masjid itu dengan menggunakan bas. Pada suatu hari, dia menaiki bas dan membayar tambangnya. Pemandu bas tersebut memberikan wang baki kepadanya. Syeikh tersebut tidak memberi perhatian kepada baki tersebut pada mulanya.

Namun setelah syeikh tersebut duduk, barulah beliau menyedari bahawa pemandu tersebut tersilap memberikan wang yang lebih kepadanya. Beliau berkira-kira sama ada untuk memulangkan baki tersebut kepada pemandu bas atau tidak. Walhal, ia hanya berjumlah 20 sen!

Akhirnya, apabila bas berhenti, beliau bangun, dalam keadaan masih berkira-kira untuk memulangkannya atau tidak. Namun akhirnya syeikh itu berhenti di tempat duduk pemandu lalu berkata,

“Anda telah tersilap memberikan saya baki lebih 20 sen”

“Tidak, saya tidak tersilap memberikannya. Saya memang sengaja memberikan baki lebih kepada anda. Sudah tiga tahun sebenarnya saya mencari tahu tentang Islam, dan apabila melihat anda saya tahu bahawa anda adalah orang yang beragama dari cara pakai anda.

Saya berkata kepada diri sendiri; Jika orang ini benar-benar jujur dan memulangkan baki 20 sen itu, maka saya akan memeluk Islam. Jika tidak, orang itu seorang yang tidak jujur dan penipu sama seperti orang lain”

Peristiwa itu membuatkan syeikh itu berfikir dengan sangat dalam, kerana dia hampir-hampir ‘menjual’ agama Islam sendiri hanya kerana 20 sen yang dirasakan tidak ada nilai pada mulanya. 

“Janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan harga murah. Dan bertaqwalah hanya kepada-Ku.” (Surah Al-Baqarah, 2: 41).

Apakah makna ‘menjual’ agama?

Imam Ibnu Katsir mengatakan, ertinya janganlah kalian menukar iman kalian terhadap ayat-ayat-Ku dan pembenaran terhadap Rasul-Ku dengan dunia dan segala isinya yang menggiurkan, karena ia merupakan sesuatu yang sedikit lagi fana.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami