Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid dengan para sahabat, lalu baginda melihat seorang lelaki solat. Apabila selesai solat, dia datang dan menyapa Nabi SAW.
Nabi SAW menjawab salamnya lantas menyuruh lelaki tersebut solat semula kerana tadi dia tidak solat dengan sebetulnya. Lalu lelaki tersebut mengulang solatnya. Selesai solat dia menyapa Nabi SAW. Rasulullah kembali menyuruhnya solat semula. Hal tersebut berlaku sebanyak tiga kali.
Akhirnya, lelaki tersebut meminta supaya diajarkan cara yang betul untuk solat kerana dia tidak tahu cara yang lain daripada yang telah dilakukan. Rasulullah SAW kemudian mengajarnya cara solat yang betul.
Rasulullah SAW menyuruh lelaki tersebut solat semula kerana dia tergesa-gesa dalam solat.
Ambil lah masa untuk benar-benar mencari khusyuk dalam solat. Tinggalkan sebentar hal-hal dunia dan jadikan solat sebagai masa untuk hanya berfikir tentang Allah. Semoga solat kita mendekati sempurna.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.