Ibadah

Mana Yang Lebih Luas – RahmatNya Atau Dosa Kita?

Oleh BroSyarief  •  16 Dec 2018  •  2 min baca

Ramai yang bertanya, bagaimana jika kita banyak berbuat dosa kepada Allah, bertaubat lalu kembali semula melakukan dosa. Kita mengulangnya berkali-kali. Kita mula rasa seperti mempermain-mainkan taubat. Adakah hal ini dibolehkan dan adakah taubat kita diterima? Mari ikuti perkongsian ini.

Firman Allah ‘azza wa jalla dalam Surah Az-Zumar, ayat 53:


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ 
‏Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,


لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ 
Janganlah berputus asa dari rahmat Allah!


إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Sungguh, Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. 
Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”


Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan, 


‎هَذِهِ الْآيَةُ الْكَرِيمَةُ دَعْوَةٌ لِجَمِيعِ الْعُصَاةِ مِنَ الْكَفَرَةِ وَغَيْرِهِمْ إِلَى التَّوْبَةِ وَالْإِنَابَةِ
Ayat yang mulia ini merupakan panggilan buat semua pendosa, di kalangan orang-orang yang kufur dan selain mereka (yakni: orang-orang beriman) agar kembali bertaubat dan pulang ke pangkal jalan.


‎وَإِخْبَارٌ بِأَنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا لِمَنْ تَابَ مِنْهَا وَرَجَعَ عَنْهَا
(Ia juga merupakan) Satu makluman bahawa Allah mengampunkan kesemua dosa bagi mereka yang bertaubat dari (melakukan)nya dan berpaling dari (kembali mengulangi)nya,


‎وَإِنْ كَانَتْ مَهْمَا كَانَتْ وَإِنْ كَثُرَتْ وَكَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Sama ada ianya sudah berlalu atau sedang berlaku, walau sebanyak apapun hatta (sekalipun jumlahnya) seperti (banyaknya) buih-buih di lautan.


‎وَلَا يَصِحُّ حَمْلُ هَذِهِ [ الْآيَةِ ] عَلَى غَيْرِ تَوْبَةٍ، لِأَنَّ الشِّرْكَ لَا يُغْفَرُ لِمَنْ لَمْ يَتُبْ مِنْهُ . 
Tidak benar (anggapan bagi) kefahaman ayat ini (bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa) tanpa taubat, kerana (dosa besar) syirik tidak akan diampuni bagi mereka yang tidak bertaubat darinya – (Tafsīr Ibn Katsīr)


Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menukilkan riwayat di mana al-Hasan pernah ditanya;


‎أَلَا يَسْتَحْيِي أَحَدُنَا مِنْ رَبِّهِ يَسْتَغْفِرُ مِنْ ذُنُوبِهِ، ثُمَّ يَعُودُ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ، ثُمَّ يَعُودُ، 
Tidakkah sepatutnya setiap kami ini merasa malu dengan Tuhannya?
Dia memohon keampunan di atas dosa-dosanya, kemudian dia kembali (melakukan dosa),
Kemudian dia memohon keampunan, dan kembali pula melakukan dosa?


‎فَقَالَ: وَدَّ الشَّيْطَانُ لَوْ ظَفِرَ مِنْكُمْ بِهَذِهِ، فَلَا تَمَلُّوا الِاسْتِغْفَارَ
Al-Hasan menjawab: 
(Malah) Syaitan menginginkan agar dia dapat memerangkap kalian dengan hal (pemikiran) sebegini (supaya kalian putus asa dari rahmat-Nya).


Maka, (yang sepatutnya,) janganlah kalian pernah merasa bosan memohon keampunan (dari-Nya). 

#NotaTerjemahanBroSyarief #BroSyariefShares

Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

BroSyarief

BroSyarief merupakan seorang penuntut ijazah dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami