Kisah dalam video ini diceritakan oleh Ustaz Ali Hammuda. Beliau telah mendengar sebuah cerita tentang seorang wanita yang tinggal di Bandar Mansoura.
Wanita ini hidup serba kekurangan dengan anaknya. Kadang-kadang, seharian mereka tidak menjamah sebarang makanan. Pada suatu hari, anaknya mengalami demam yang sangat kuat, tetapi beliau tidak ada duit untuk menghantar anaknya berjumpa doktor. Suaminya pula tidak ada di rumah kerana keluar ke suatu tempat.
Beliau tidak ada cara lain selain berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Lalu Allah mendatangkan pertolongan dengan cara yang tidak disangka-sangka kepadanya.
Sungguh benar janji Allah dalam firmanNya:
“…sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…” (Surah At-Talaq 65: 2-3)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.