Keluarga

Kasih Sayang Buat Ibu Dan Bapa

Oleh Rizal Alhaj  •  11 Dec 2018  •  2 min baca

Senafas Ke Barzakh oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Ramai orang sayang ibu dan bapa, tetapi sebenarnya tidak.

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah;

#1- Ada yang hanya menggantung gambar ibu dan bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar tersebut di dalam dompet.

#2- Ada yang suka menyimpan barang yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa, dijaga dengan baik serta diwariskan.

#3- Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk membersihkan kuburan.

#4- Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan kenangan bersama arwah.

Sebenarnya, bukan itu yang arwah ibu dan bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan, semasa mereka berada di alam barzakh. Ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak, kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu dan bapa kita. Di sana, mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka. Yang mereka perlukan adalah;

#1- Doa keampunan dan rahmat Allah S.W.T untuk mereka.

#2- Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka.

#3- Lakukan amal soleh.

#4- Sering menyebut atau menceritakan apa sahaja kebaikan ibu dan bapa.

#5- Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibu dan bapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa dan perhiasan indah serta harta dunia.


“….. yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim….”

Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan dari anak kita. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami