Ibadah

‘Make-up’ Dan Wuduk?

Oleh Natirah Azira  •  8 Dec 2018  •  2 min baca

Jika anda sering solat di tempat awam, maka anda pasti pernah ternampak segelintir orang yang berwuduk tanpa menanggalkan make-up. Kadang-kadang, telekung juga dikotori kesan make-up.

Sayang sebenarnya, kerana usaha untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi di tempat awam yang sempit itu patut dipuji. Tidak semua orang mahu. Tetapi kesempurnaan dalam pelaksanaan jadi berkurang hanya disebabkan penggunaan produk kosmetik dan air wuduk yang tidak rata.

Sesungguhnya wuduk yang sempurna akan meninggalkan kesan cahaya pada anggota di akhirat kelak. Hal ini ada dinukilkan dalam satu sabda Nabi SAW.


Dari Nu’aim bin Al Mujmir berkata, “Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, “Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk,  barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya hendaklah ia lakukan (lebihkan kawasan basuhan anggota wuduk).” (HR Bukhari No: 133) Status: Hadis Sahih

Maka, jika anda seorang yang sering memakai make-up ketika keluar, berikanlah perhatian yang lebih kepada pembersihannya apabila ingin solat. Memang leceh, namun ganjarannya ada di sisi Allah.

Jumhur ulama menetapkan syarat sah wuduk ialah empat kecuali mazhab Hanafi, antara salah satu syaratnya ialah:

Menghilangkan apa-apa yang menghalang air daripada menyentuhi anggota wuduk. Iaitu hendaklah tidak ada di atas anggota yang wajib wuduk, sesuatu yang menghalang daripada sampainya air menyentuhi kulit, seperti lilin, lemak, dan sebagainya. Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/329).

Jika wuduk sudah tidak sah, bagaimana pula dengan solat? Ruginya, solat juga jadi sia-sia.

Terdapat banyak jenis ‘make-up remover’, dan juga ‘cleansing tissue’ yang dijual di pasaran. Ada pula ‘make-up’ yang hanya boleh ditanggalkan sepenuhnya menggunakan ‘oil cleanser’

Sediakan apa yang perlu dalam beg make-up anda, supaya ianya mudah diguna apabila anda ingin cepat-cepat mengejar masa. Atau lebih baik lagi, pastikan anda berwuduk sebelum mengenakan make-up untuk keluar. Pelihara wuduk supaya anda boleh terus mengerjakan solat apabila tiba waktunya.




Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami