Inspirasi

Baca Kata-Kata Ini, Dan Terbanglah Lebih Tinggi

Oleh Natirah Azira  •  5 Dec 2018  •  2 min baca

#1- Allah Yang Menjadikan Anda Orang Yang Mempunyai Impian

“Tidak semua orang akan memahami perjalanan yang anda tempuhi. Tidak semua akan memahami matlamat dan cita-cita anda. Tidak mengapa, Allah memahami, kerana Dialah yang memberikan anda matlamat dan cita-cita tersebut. Jangan biarkan orang lain mengatakan bahawa anda tidak mampu”Mufti Menk

#2- Yakin Dengan Pengakhiran Yang Baik

“Apa pun yang anda lalui sekarang, baik cabaran, kesusahan, dan kekecewaan, segalanya akan membuahkan kejayaan pada masa hadapan. Anda hanya perlu bersabar. Apabila kejayaan tiba kelak, anda akan bersyukur kerana anda tidak pernah berputus asa. Allah hanya inginkan yang terbaik untuk anda di akhirnya.”Mufti Menk

#3- Jangan Ragu Dengan Allah

“Jangan sesekali ragu dengan apa yang Allah mampu lakukan. Dialah Yang Maha Berkuasa yang mampu menukar suatu perkara hanya dalam kadar sekelip mata. Maka, jangan tertekan dengan keadaan yang anda alami sekarang. Allah mampu menggantikan apa yang anda hilang. Allah juga mampu membuka pintu yang selama ini anda langsung tidak terfikir akan terbuka. Anda hanya perlu percaya.”Mufti Menk

#4- Berbahagialah Dengan Apa Yang Allah Berikan Sekarang

“Syaitan akan sentiasa menipu anda supaya berfikir bahawa anda tidak akan bahagia selagi tidak mendapat apa yang anda inginkan, selagi tidak sampai ke destinasi yang anda mahukan. Belajarlah untuk bahagia dengan apa yang anda ada, apa yang anda lalui sekarang. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan”Mufti Menk

#5- Allah Tidak Akan Meninggalkan Anda Berseorangan

“Apapun yang terjadi dalam kehidupan anda, usah menganggap bahawa itulah penamatnya. Anda telah sampai sejauh ini. Adakah anda fikir bahawa Allah akan meninggalkan anda sekarang? Jangan biarkan perasaan ragu-ragu membuatkan anda sedih. Allah tahu anda sedang bersabar menempuhnya. Allah sentiasa berpihak pada anda. Percayalah!”Mufti Menk

#6- Dalam Setiap Ujian Ada Pelajaran

“Allah tidak akan membenarkan sesuatu terjadi dalam hidup tanpa alasan dan sebab . Setiap ujian punya tujuan untuk anda mempelajari sesuatu, untuk anda berkembang menjadi seorang manusia yang lebih baik. Fahamilah apa yang sedang Allah lakukan dan anda akan menjadi seorang yang lebih kuat”Mufti Menk


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami