Usah mengatakan bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa. Hakikatnya kita tidak tahu doa yang kita pinta akan dikabulkan dalam bentuk apa.
Di akhirat kelak, diceritakan bahawa ada seorang lelaki yang mendapati bahawa di sisinya ada segunung ganjaran. Dia tidak tahu ianya milik siapa. Namun setelah beberapa lama tidak ada yang datang untuk menuntutnya, dia lalu bertanya kepada Allah.
“Ya Allah, siapakah empunya ganjaran sebesar gunung ini”
Lalu Allah menjawab bahawa ganjaran itu milik lelaki tersebut. Itulah ganjaran kepada semua doa yang dulu tidak dikabulkan di dunia.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.