Inspirasi

Berseorangan Akan Membuatkan Anda Percaya Diri

Oleh Natirah Azira  •  30 Nov 2018  •  2 min baca

Seorang pakar motivasi, Jay Shetty pernah berkongsi tentang satu cerita. Ia berkenaan dua orang yang hidup berjiran. Seorang merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan seorang pesara guru. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama iaitu berkebun. Pada suatu hari mereka membuat keputusan ingin menanam pokok yang sama.

Bekas guru tersebut tidak memberi perhatian yang lebih kepada pokoknya. Dia hanya menjaga pokok tersebut sekadarnya sahaja. Manakala jirannya menjaga pokok miliknya dengan sepenuh hati. Dia sentiasa menjenguk tanaman dan memberi perhatian yang lebih.

Pada suatu petang, ribut melanda. Hujan turun dengan lebatnya. Keesokan harinya, kedua-dua lelaki ini keluar untuk melihat pokok mereka. Pokok milik ahli perniagaan tersebut rosak teruk. Manakala pokok jirannya masih lagi hidup dan hanya rosak sedikit.

Ahli perniagaan tersebut sangat sedih kerana dia telah menjaga pokoknya dengan sepenuh hati. Dia mendekati jirannya lalu bertanya; “Mengapa pokok saya mati dan pokok kamu masih hidup, sedangkan saya telah menjaganya dengan baik”

“Memang kamu telah menjaganya dengan baik, namun pokok itu jadi terlalu bergantung kepada kamu. Pokok itu hanya mengharapkan kepada air, dan baja yang kamu berikan untuk kekal hidup. Sedangkan pokok saya, tumbuh menjadi pokok yang kuat dan berdikari mencari nutriennya sendiri”

Sama juga dengan hal manusia. Meminta tolong itu tidak salah. Namun jika kita terlalu bergantung kepada orang-orang di sekeliling dan sentiasa mengharapkan bantuan mereka sehingga tidak mampu melakukan apa-apa apabila bersendiri, kita tidak akan jadi orang yang kuat dan berdikari.

Lihat sahaja orang yang kita kagumi di sekeliling kita, mereka biasanya orang yang memilih jalan sendiri yang tidak dilalui orang lain. Mereka jadi lebih berdikari dan percaya diri. Kekuatan dibina sedikit demi sedikit dan digunakan bagi menempuh jalan baru dan mencari solusi kepada masalah yang dihadapi.

Berseorangan akan membuatkan kita percaya diri. Jalan berbeza yang diambil akan menyediakan kita dengan pengalaman baru dan membuatkan kita kuat apabila bersendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami