Oleh Natirah Azira • 11 Nov 2018 • 3 min baca
Kata orang lidah ialah senjata bermata dua. Ia boleh digunakan di jalan kebaikan untuk mentaati Allah, dalam masa yang sama juga boleh memberi kerosakan jika digunakan di jalan keburukan. Berkali-kali kita diingatkan supaya sentiasa menjaga dan menggunakannya dengan betul, baik melalui firman Allah SWT mahupun sabda Nabi SAW.
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengejek sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [Al-Hujurat : 12]
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” [Al-Ahzab : 58]
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda.
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam” – (HR Bukhari, No. 6475)
Imam Nawawi mengulas tentang hadis ini ketika menjelaskan hadis-hadis Arba’in. Beliau menjelaskan, “Imam Syafi’i menjelaskan bahAwa maksud hadis ini adalah apabila seseorang hendak berkata hendaklah ia berfikir terlebih dahulu.
Jika dikira perkataannya tidak akan membawa mudharat, maka silakan dia berbicara. Akan tetapi, jika dikira perkataannya itu akan membawa mudharat atau ragu apakah membawa mudharat atau tidak, maka hendaklah dia tidak usah berbicara”.
“Dari Sufyan bin ‘Abdullah ats-Tsaqafi, ia berkata: “Aku berkata, wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!”
Beliau menjawab: “Katakanlah, ‘Rabbku adalah Allah’, lalu istiqamahlah”.
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khuatirkan atasku?”. Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda: “Ini”. (HR Tirmidzi, No. 2410. Ibnu Majah, No. 3972. Dan disahîhkan oleh Syaikh al-Albani)
“Sesungguhnya ada seseorang yang berbicara dengan satu perkataan, ia tidak menganggapnya berbahaya; dengan sebab satu perkataan itu ia terhumban selama 70 tahun di dalam neraka”. (HR Tirmidzi- Hadis dinilai hasan sahih)
“Tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya hingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya tidak aman dari kejahatannya”(HR Ahmad, No. 12636 –Hadis dinilai hasan)
“Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu perkataan yang ia tidak mengetahui secara jelas maksud yang ada di dalam perkataan itu, namun dengan sebab satu perkataan itu dia terhumban di dalam neraka lebih jauh dari antara timur dan barat”( HR Muslim, No. 298- Hadis sahih)
Hisablah diri sebelum berkata-kata, apakah yang keluar dari mulut kita ialah racun berbisa atau penawar yang mengubat luka dan mendatangkan gembira.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.