Gaya Hidup

Tips Untuk Lebih Mudah Tidur Pada Waktu Malam

Oleh Natirah Azira  •  8 Nov 2018  •  3 min baca

Insomnia atau masalah tidur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Mereka yang mengalami situasi ini bukan hanya mempunyai kesukaran untuk tidur malah boleh juga mengalami masalah kerap terbangun pada waktu malam atau terlalu awal pada waktu pagi. Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk lebih mudah tidur pada waktu malam.

#1- Elakkan Minuman Berkafen, Alkohol, Nikotin, Dan Bahan-Bahan Kimia Lain Yang Mampu Mengganggu Masa Tidur

Para penggemar kopi pasti tahu bahawa kafein ialah suatu bahan yang mampu merangsang tubuh badan daripada tidur. Elakkan pengambilan kopi sekitar empat ke enam jam sebelum waktu tidur. Mereka yang menghisap rokok juga harus mengelakkan diri dari merokok apabila menghampiri waktu tidur.

#2- Pastikan Bilik Tidur Dalam Persekitaran Nyaman Dan Sesuai Untuk Tidur

Bilik yang gelap, nyaman dan tenang mampu membantu menghasilkan persekitaran yang selesa untuk tidur. Padam sebarang alat elektronik yang dapat mengganggu tidur seperti televisyen atau komputer riba. Jika anda ada memelihara binatang peliharaan, elakkan daripada membiarkan ia berlegar dan bermain dalam bilik pada waktu malam.

#3- Tetapkan Jadual Tidur Yang Konsisten

Apabila anda konsisten dengan waktu tidur dan waktu bangun yang sama. Rutin ini mampu menetapkan “internal clock” atau “circadian rhythm”. Selalunya kita memahaminya sebagai jam biologi badan iaitu satu sistem tubuh badan yang teratur akan terhasil. Kita akan tidur pada masa yang sesuai dan bangun pada masa yang sesuai.

#4- Tidur Di Tempat Yang Selesa

Menyalin cadar atau bantal baru juga dapat menjadi trick untuk badan merasa lebih selesa apabila tidur. Suasana yang baru dan selesa mampu mendatangan kenyamanan kepada badan.

#5- Senaman Di Siang Hari

Melakukan senaman di siang hari juga dapat membantu anda untuk berehat pada waktu malam dengan lebih baik. Elakkan bersenam pada waktu malam ketika masa tidur sudah hampir kerana ia mampu menjadikan badan kekal aktif dan tidak bersedia untuk tidur walaupun malam telah larut.

#6- Melakukan Perkara Yang Dapat Membuatkan Anda Rileks Sebelum Tidur

Anda boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran, membaca buku, mandi dan menyegarkan diri, menyalakan lilin wangi yang dapat menjadi terapi atau anda juga boleh melakukan pernafasan yang teratur dan menenangkan. Ambil sekitar 5 minit sebelum tidur untuk bernafas dengan tenang.

#7- Jadikan Katil Tempat Yang Khusus Untuk Tidur

Elakkan dari melakukan aktiviti yang lain di atas katil seperti menonton cerita, melayari internet atau mengulang kaji pelajaran. Khususkan katil hanya tempat untuk tidur manakala meja sebagai tempat untuk belajar atau melayari internet.

Jika anda sudah membiasakan diri melakukan aktiviti lain di atas katil, ianya dapat mengubah persepsi terhadap persekitaran tidur itu sendiri. Tanpa disedari, rutin tersebut boleh mempengaruhi minda untuk menanggapi bahawa katil bukan lagi tempat untuk tidur sekaligus dapat mengganggu rutin tidur.

#8- Pemakanan

Hidangan yang anda ambil ketika makan malam juga mampu mempengaruhi waktu tidur. Perut yang terlalu kenyang dapat menghalang anda tidur lebih awal. Kira-kira enam hingga lapan jam diperlukan untuk makanan dicerna sepenuhnya,jadi elakkan mengambil makanan terlalu lewat pada waktu malam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami