Ibadah

Dear Syabab, Let’s Be Professional Khatib!

Oleh Rasyidah Rahmat  •  2 Nov 2018  •  5 min baca

“Khutbah hari ni tentang apa ye?”

Soalan yang kerap kali ditanyakan oleh saya kepada adik-adik usai mereka pulang menunaikan solat Jumaat. Adakalanya laju sahaja jawapan yang diberikan tanda dia benar-benar memahami isi penyampaian khutbah pada hari itu.

Adakalanya hanya senyuman diberikan sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tertidur katanya!

Apa yang kita harapkan setiap kali mendengar khutbah Jumaat? Pesan taqwa yang disampaikan pada setiap minggu bukanlah sekadar memenuhi rutin mingguan sebagai umat Islam.

Pada hari Jumaat merupakan antara hari yang penuh barakah yang berlipat ganda pahala jika kita mengerjakan ibadah.

Namun begitu, saya mengakui kebenaran yang berlaku dalam masyarakat kita bahawa adakalanya pesan taqwa ini hanya bagai angin yang lalu sahaja pada setiap kali mendengar. Di manakah silapnya?

Khutbah Dulu VS Sekarang

Apakah perbezaan khutbah dahulu dan sekarang? Ada yang memberi pandangan, khutbah dahulu khatibnya membaca khutbah tetapi dia kelihatan benar-benar berkhutbah walaupun masih memegang teks!

Khatib yang sebenar benar-benar memanfaatkan tanda bacaan. Ada kelajuan maksimum, perlahan, titik dan stop-look-go. Ada variasi pada susunan ayat. Panjang dan pendek diadun dengan harmoni. Kita yang mendengarnya jadi terpesona!

Begitulah hendaknya, khatib mestilah menghayati khutbahnya, menghadam setiap perkataan dan ayat. Mengawal intonasi suara dan memberikan bahasa tubuh yang realistik dan dinamik.

Pada pandangan saya, tidak kiralah khatib itu pada peringkat usia berapa pun tetapi mestilah mempunyai kemahiran dan kaedah yang sesuai dalam penyampaiannya.

Perlu ada kursus dan latihan yang efektif persis figura-figura dalam institute korporat yang hendak diperkenalkan produk dan perkhidmatannya. Petah, bergaya dan dipercayai.

Bukankah mesej para khatib jauh lebih penting daripada golongan korporat? Mereka hendak memperkenalkan Allah, syariat dan akhlak kepada masyarakat. Bagaimana Islam boleh menjadi solusi kepada permasalahan masyarakat dan negara. Ini jauh lebih penting.

Choose To Ignore

Saya membaca dalam sebuah penulisan bagaimana Malek Bennabi iaitu seorang pemikir Islam berbicara sinis mengenai khutbah Jumaat dalam dunia Islam. Kata beliau;

“Seolah-olah sudah sepakat antara khatib dengan pendengar khutbah Jumaat untuk tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya.”

Begitu juga Iqbal, seorang penyair Islam yang terkenal, menegur para khatib yang tidak bermaya dan hanya memegang tongkat kayunya.

Dalam konteks ini, manakah yang lebih penting ? Khatib atau teks khutbah ? Saya suka membaca sebuah penulisan yang membahas secara santai tentang persoalan ini.

Ada yang menjawab seorang khatib itu sepatutnya menghasilkan khutbah. Dia menghasilkan dan dia yang menyampaikan.

Namun ada yang membalas bahawa hal tersebut mungkin tidak boleh dipraktikkan lagi kerana pada masa ini kebanyakannya teks disediakan dan khatib hanya perlu membacanya.

Maka, para khatib perlu mengambil masa untuk memahami isi kandungan sebelum menyampaikan kepada para pendengar agar penghayatannya sampai. Kata orang, barulah khutbahnya tidak kering.

Namun begitu, jika kita lihat situasi khatib di bandar-bandar besar mungkin khatib mempunyai waktu untuk membuat persediaan dulu.

Tetapi, di desa-desa dan pedalaman, adakalanya khatib dan imam terpaksa bergelut untuk mencari rezeki dan membuat kerja-kerja kampung.

Itu adalah salah satu hambatan, keletihan dan tidak mempunyai keutamaan masa. Jadi, apa yang perlu ditekankan?

Keikhlasan

Ada satu pesanan ulama;

“Jika pendengar sesuatu kuliah agama mengantuk atau tidak bermaya, sama ada yang menyampaikan tidak ikhlas atau yang mendengar tidak ikhlas atau kedua-duanya tidak ikhlas.”

Khatib dan penulis khutbah perlu ikhlas untuk menyampaikan. Seru manusia ke jalan taqwa semata-mata.

Bagi saya, perkara ini perlulah ada kesedaran lebih-lebih lagi pada golongan pemuda (syabab) yang bakal menjadi pemimpin akan datang. Menjadi seorang khatib pada suatu hari nanti. Persediaannya perlu dari sekarang.

Faktor luaran dan dalaman mestilah disatukan agar seimbang. Perlunya dilatih dengan kemahiran professional dan hatinya perlu juga dididik dengan keikhlasan dalam menyampaikan risalah agama. Barulah dinamakan khatib professional. \

Khutbah ‘Pekat’

Saya suka dengan sebuah analogi nila yang memberi motivasi sebagai seorang da’i. Jadilah seperti nila yang pekat kerana nila yang pekat akan membirukan air manakala jangan sesekali menjadi seperti nila yang cair. Kerana nila yang cair akan tenggelam dalam air tersebut.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, keberkesanan dalam penyampaian khutbah sangat penting. Bukan sekadar menjadi kewajipan seorang khatib menyampaikan teks tetapi moga pesan taqwa itu mampu memberi sebuah solusi dan rujukan masyarakat.

Kita tidak mahu menjadikan khutbah dan pendengarnya terpisah. Sentuhan kepada permasalahan individu, keluarga dan setempat tidak ada.

Seolah-olah penulis khutbah berada di tempat yang jauh terpisah daripada pendengar yang bakal mendengar khutbah tulisannya. Jauh daripada pemikiran, perasaan dan jiwa.

Belajarlah daripada qudwah terhebat kita, tidak lain iaitu Baginda Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang khatib profesional.

Contohilah khutbah dan tazkirah Nabi Muhammad S.A.W. Jawami’ul kalim – padat, tepat dan singkat. Short and sharp!

Rasulullah S.A.W sesungguhnya seorang khatib yang professional. Khatib yang berbicara ikhlas dari hati. Menggunakan pendekatan yang sangat efektif dan efisien melalui lantunan kata, alunan suara dan gerakan bahasa tubuh.

Tiba-tiba sahaja saya merasakan rindunya untuk mendengar kata-kata Baginda SAW walaupun hakikatnya tidak pernah berjumpa.

Kebetulan pula pada waktu saya menulis artikel ini pada hari Jumaat. Moga khutbah pada hari ini mampu membina perubahan.

Insya-Allah. Di manakah khatib professional? Apa salahnya jika bermula dari diri kita? Wallahualam.

Rujukan;
Al-Quran terjemahan, Buku Beduk Diketuk Lagi Vol. 2 karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami