Site icon Tazkirah

Zikir Yang Akan Memberatkan Timbangan Amalan

Zikir bukan hanya pergerakan lidah tetapi turut melibatkan hati yang khusyuk mengingati segala nikmat dan keagungan Allah SWT. Segala perhatian dan ingatan diarahkan kepada suatu titik iaitu Allah SWT sahaja. Orang yang benar-benar khusyuk dalam zikirnya pasti menghayati setiap patah kata yang keluar dari mulutnya dan InsyaAllah akan memberikan kesan pada jiwa. Nabi SAW bersabda;

لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ

“Hendaknya lisanmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.”(HR. Tirmidzi no. 3375 dan Ibnu Majah no. 3793. Al Hafizh Abu Thohir menyatakan bahawa sanad hadis ini hasan)

Dalam banyak-banyak zikir yang diperkenalkan, pasti ada juga yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah SWT. Contohnya kalimah-kalimah berdasarkan hadis di bawah:

2 Kalimah Yang Memberatkan Timbangan Amalan

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Nabi SAW bersabda;

كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

“Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”(HR. Bukhari No. 7563 dan Muslim No. 2694)

4 Ucapan Yang Paling Disukai Oleh Allah

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ

Daripada Samrah bin Jundab ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah Subhanahu Wa Ta’ala; Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ (Maha Suci Allah), Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ (Segala Puji Bagi Allah), Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ (Tiada ilah(tuhan) yang berhak disembah kecuali Allah) dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai.(HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih

Mudah sebenarnya untuk melakukan zikir. Seperti mana kita cepat menyebut suatu perkataan yang tidak bermanfaat ketika bercakap, seperti itu juga zikir perlu dibiasakan. Semakin kita membiasakan zikir, semakin kuat ikatan yang dibina dengan Allah.

Zikir tidak lagi menjadi amalan khusus hanya di atas tikar sejadah tetapi rutin yang mampu mengingatkan kita bahawa kita ialah hamba Tuhan setiap masa.

Exit mobile version