Ibadah

Jika Ingin Tenang, Jangan Peduli Apa Kata Orang

Oleh Natirah Azira  •  27 Oct 2018

Tidak semua perkara yang kita lakukan terlihat sempurna di mata orang. Setiap orang unik dan mempunyai cita rasa berbeza. Ada yang cantik di mata kita, tidak cantik di mata orang. Yang sedap di tekak kita, tidak digemari pula orang. Sehingga kadang-kadang kita jadi terganggu dengan komen-komen yang sampai ke telinga.

Tidak berbaloi pun sebenarnya membiarkan komen-komen negatif dari orang mempengaruhi hidup kita. Komen yang kita terima hanya sesingkat beberapa patah perkataan atau hanya beberapa minit, tapi kita terganggu sepanjang minggu.

Kata Dr Khalid, rahsia untuk tetap tenang walau apa pun komen dan kritikan yang kita terima ialah ‘jangan peduli apa kata orang’. Selagi ianya tidak salah dan Allah redha, maka teruskan sahaja. Teguhkan prinsip dan laluilah hidup dengan tenang.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami