Ibadah

Puisi Sufistik Jalaludin Rumi Yang Membangkitkan Hati

Oleh Natirah Azira  •  19 Oct 2018  •  2 min baca

Jalaludin Rumi ialah seorang ahli sufi yang terkenal dengan syair dan puisi yang berunsur mistik dan Ketuhanan. Tanpa mempelajari ilmu tasawuf, sesetengah puisinya mungkin agak sukar difahami kerana mengandungi simbol-simbol yang unik. Beliau adalah penyair terbesar Parsi yang namanya disebut-sebut hingga ke hari ini. Kitab ‘Mathnawi’ yang dihasilkan dikaji dan diterjemah ke dalam banyak bahasa. Berikut beberapa puisi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia kajian Ali Masrur.

Tuhan Hadir Dalam Tiap Gerak

Tuhan berada di mana-mana
Ia juga hadir dalam tiap gerak
Namun Tuhan tidak bisa ditunjuk dengan ini dan itu
Sebab wajahNya terpantul dalam keseluruhan ruang.

Kembali Pada Tuhan

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka
Maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan. Begitulah caranya

Jika engkau hanya mampu merangkak
Maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk
Maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan

Kerana Tuhan, dengan rahmatNya akan tetap menerima mata wang palsumu

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan
Maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan sahaja. Begitulah caranya! Wahai pejalan!

Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji
Ayuhlah datang dan datanglah lagi! Kerana Tuhan telah berfirman;

“Ketika engkau telah melambung ke angkasa
Ataupun terpuruk ke dalam jurang,
Ingatlah kepadaKu , kerana Akulah jalan itu”

Hati Bersih Melihat Tuhan

Setiap orang melihat Yang Tak Terlihat dalam persemayaman hatinya
Dan penglihatan itu bergantung pada seberapakah ia menggosok hati tersebut
Bagi siapa yang menggosoknya hingga berkilat
Maka bentuk-bentuk Yang Tak Terlihat semakin nyata baginya.

Sumber:
Jurnal “Telaah Atas Keindahan Syair dan Ajaran Tasawufnya” oleh Ali Masrur


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami