Gaya Hidup

5 Artis Jalanan Muslim Mengubah Dunia Melalui Lukisan Mural

Oleh Natirah Azira  •  18 Oct 2018  •  2 min baca

Seni jalanan bukan lagi perkara yang asing pada zaman sekarang. Ia suatu bentuk seni yang diekspresikan dengan mengecat atau melakar sesuatu pada dinding bangunan. Ia bukan semata-mata contengan yang entah apa-apa, tetapi mereka yang terlibat biasanya cuba untuk menyampaikan pendirian atau pendapat kepada umum. Ada juga menggunakan seni jalanan ini untuk memprotes sesuatu perkara.

Masyarakat Islam juga tidak ketinggalan dalam dunia seni jalanan ini. Mari kita berkenalan dengan beberapa orang artis jalanan Muslim yang aktif menghasilkan lukisan mural.

1. Sarah Al-Abdali

Sarah Al Abdali dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 1989. Artis jalanan ini terkenal sebagai artis graffiti Arab Saudi yang pertama. Beliau mengambil jurusan seni reka grafik selama dua tahun sebelum meneruskan pembelajarannya di Prince’s School of Traditional Arts di London. Kesukaran hidup di Arab Saudi menjadi inspirasi dalam karya-karyanya.

2. Laila Ajjawi

Artis grafiti ini dilahirkan di Kem Pelarian warga Palestin di luar kawasan Irbid, Jordan. Beliau menumpukan kepada pemberdayaan wanita dalam masa yang sama cuba untuk mengetengahkan isu-isu yang berlegar dalam masyarakat Jordan.

El Seed ialah seorang artis berketurunan Perancis-Tunesia yang lahir di Kota Paris. Karyanya dipengaruhi oleh banyak perkara termasuklah ahli kaligrafi Arab, Mahmoed Darwish dan Nizar Qabbani. el Seed aktif menghasilkan karyanya di seluruh dunia. Lukisan muralnya yang paling besar dan terkenal ialah ‘Perception’ yang terletak di Qaherah, Mesir.

4. COMBO

COMBO atau juga dikenali dengan nama COMBO Culture Kidnapper ialah seorang artis jalanan yang berasal dari Perancis. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia grafiti pada tahun 2013. Karyanya berlegar sekitar tema yang pelbagai. Salah satu contohnya ialah Chernobyl Exclusion Zone.

5. Aerosol Arabic

Mohammed Ali ialah seorang artis Bengali yang menggunapakai nama Aerosol Arabic dalam hasil karyanya. Beliau dilahirkan di Birmingham, England pada tahun 1979. Semburan catnya yang pertama dilakukan ketika beliau berusia 14 tahun. Beliau kemudiannya mengambil jurusan reka bentuk multimedia.

Karyanya mengandungi unsur agama, identiti dan perubahan sosial. Pada tahun 2016,beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Order of British Empire kerana lukisan dan khidmatnya dalam usaha perpaduan masyarakat.

Sumber:
Mvslim.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami