Inspirasi

9 Tanda Anda Berada Dalam Hubungan Yang Tidak Sihat

Oleh Natirah Azira  •  17 Oct 2018  •  3 min baca

Tanda bahawa sesuatu hubungan itu tidak sihat atau bertoksik sebenarnya mudah dikenal pasti. Cuma adakah kita memberi perhatian yang lebih kepada tanda-tanda tersebut. 9 tanda yang disenaraikan di bawah bukan hanya boleh diguna pakai dalam hubungan istimewa dengan pasangan bahkan hubungan dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Jom, kita mulakan!

#1- Hanya Sebelah Pihak Menerima Dan Tidak Memberi

Pepatah Inggeris ada mengatakan; “It takes two to tango”. Dalam erti kata lain, suatu hubungan itu memerlukan komitmen dan usaha kedua belah pihak. Jika hanya seorang sahaja yang memainkan peranan, hubungan akan menjadi tidak seimbang.

#2- Minda Selalu Penat Dengan Hubungan Tersebut

Jika hubungan hanya dipenuhi dengan pergaduhan dan bukan usaha untuk memahami dan berkongsi, maka anda akhirnya akan berasa penat dan tidak ada lagi keinginan untuk berada dalam perhubungan tersebut.

#3- Tidak Ada Rasa Percaya

Fasa berkawan dan bertunang contohnya adalah fasa anda ingin mengenali hati budi bakal suami atau isteri. Jika tidak ada rasa percaya, maka komunikasi akan menjadi lebih sukar.

#4- Rasa Tidak Selesa Atau Tidak Suka Kepada Diri Sendiri

Anda mungkin selalu dikritik oleh pasangan anda sehingga akhirnya anda berhenti mempertahankan diri sendiri. Hanya salah satu pihak yang rasa betul dan satu pihak lagi pula menyalahkan diri sendiri. Hubungan yang sihat adalah hubungan yang dapat membantu diri menjadi lebih baik.

#5- Komunikasi Tidak Berjalan Dengan Baik

Pendapat dan pandangan seharusnya dapat dibincang dengan telus dan baik dalam perhubungan. Jika hal yang berlaku adalah sebaliknya, maka itu tanda bahawa komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Masalah yang dipendam dan tidak dibincang akhirnya hanya menyakitkan diri sendiri.

#6- Anda Terjerumus Ke Dalam Rutin Yang Tidak SIhat

Hubungan yang tidak sihat boleh menjerumuskan anda ke dalam aktiviti yang tidak sihat contohnya keluar sehingga lewat malam, tidak menghiraukan batas pergaulan, tidak mementingkan waktu solat dan sebagainya.

#7- Anda Dikongkong Kerana Perasaan Cemburu Yang Berlebihan

Cemburu adalah perasaan yang normal dalam perhubungan . Namun jika rasa cemburu itu terlalu berlebihan sehingga pergerakan jadi terhalang, hubungan dengan rakan dan keluarga jadi renggang, maka perasaan cemburu ini bukan lagi perasaan cemburu yang normal.

#8- Anda Tidak Menghargai Dan Menghormati Antara Satu Sama Lain

Hubungan yang sihat dikukuhkan dengan rasa hormat dan menghargai antara satu sama lain. Hasil kajian mendapati bahawa mereka yang dihargai oleh pasangan apabila melakukan suatu tindakan akan lebih merasai kepuasan dalam perkahwinan. Ia semudah mengucapkan ‘terima kasih’. Walaupun hubungan dilanda masalah, mereka yang mengamalkan sikap menghargai dapat mengatasi cabaran dan mengendalikan hubungan secara sihat.

#9- Rakan-rakan Dan Keluarga Tidak Bersetuju Dengan Hubungan Tersebut

Orang yang sedang jatuh cinta biasanya dikaburi dengan apa yang mereka lihat di depan mata. Sikap yang buruk juga akan dipandang baik. Perempuan biasanya lebih bertolak ansur dengan pasangan mereka.

Silapnya, kita cenderung untuk hanya menerima ‘kelemahan’ begitu sahaja dan berharap selepas kahwin, mungkin sikap buruk tersebut akan berubah dengan sendirinya. Jika sejak dari awal, keluarga atau rakan-rakan tidak menyokong hubungan tersebut, ambil lah ia sebagai suatu tanda dan nasihat. Mungkin ada suatu yang tidak kena.

Suatu hubungan perlu dikendalikan dengan rasional dan matang. Bukan lelaki sahaja perlu terlihat matang dan perempuan pula beremosi. Ada masa lelaki juga boleh jadi beremosi dan ketika itulah perempuan perlu matang mengendali konflik yang terjadi. Kelebihan dikongsi dan kelemahan diperbaiki.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami