Inspirasi

Tipu Daya Syaitan Yang Membuatkan Anda Putus Asa

Oleh Natirah Azira  •  10 Oct 2018

Apabila manusia melakukan kesalahan, secara fitrahnya kita akan berasa tidak selesa dan malu kerana kita telah mengecewakan diri sendiri dan orang di sekeliling.

Contohnya kanak-kanak yang melakukan kesalahan di sekolah atau mendapat markah rendah dalam ujian, mereka biasanya mengelak dari berterus terang kepada ibu bapa. Jika lewat ke tempat kerja kerana alasan yang tidak kuat, mungkin kita akan mengelak daripada ditanya oleh bos atau rakan sekerja.

Begitu juga dalam hubungan dengan Allah. Apabila kita melakukan dosa, kita mengecewakan Allah dan pada waktu inilah syaitan akan mengambil peluang untuk membuatkan kita putus asa dan jauh dari Allah. Syaitan akan mula membisikkan kata-kata untuk membuat kita terus lemah.

“Kau hipokrit, solat tapi buat dosa”
“Tak payah lah taubat, dosa dah macam gunung”

Namun sebenarnya orang yang benar-benar bertakwa, apabila dia melakukan dosa dia terus ingat kepada Allah. Dia tahu bahawa itulah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dia meminta keampunan atas segala dosa dan perkara memalukan yang telah dilakukan, kerana dia menyedari tidak ada lagi yang boleh mengampunkan selain Allah.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami