Site icon Tazkirah

Kerakyatan Kanada Aung San Suu Kyi Ditarik Balik

Parlimen Kanada telah bertindak menarik balik kerakyatan kehormat yang telah diberikan kepada Aung San Suu Kyi setelah beliau dilihat bersalah atas apa yang berlaku kepada Etnik Rohingya.

Penarikan seperti ini dikatakan pertama kali berlaku. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengeluarkan laporan pada bulan lepas menunjukkan bahawa tentera Myanmar terbukti telah membunuh ribuan rakyat Islam Rohinghya apabila perkampungan mereka dibakar dan wanita-wanita dirogol serta banyak lagi kekejaman lain berlaku. Pegawai atasan tentera juga telah disiasat dan terbukti bersalah.

Nama Aung San Suu Kyi pernah gah disebut-sebut suatu ketika dahulu kerana menerima Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 1991. Anugerah tersebut diperoleh kerana usahanya memperjuangkan hak demokrasi di Myanmar.

Namun perkara itu dilihat tidak selari dengan suasana di Myanmar sekarang apabila pembunuhan Etnik Rohingya terus berlaku tanpa apa-apa tindakan dari beliau. Walaupun digesa untuk menarik balik anugerah tersebut, Jawatankuasa Nobel Norway tetap bertegas untuk mengekalkannya.

“Ketika itu, Aung adalah seorang pahlawan yang berdiri ketika seluruh dunia telah hilang harapan. Tetapi sekarang, dia bersalah atas kekejaman yang dilakukan, sekarang dia hanyalah seorang penjenayah” kata Omidvar.

Anggota Senat Kanada itu juga turut menambah bahawa Aung telah menyekat semua bantuan untuk orang Islam Rohingya, tidak membenarkan apa-apa bantuan dari wartawan mahupun ketenteraan dan ianya adalah suatu jenayah yang besar.

“Kita perlu menghantar pesanan yang tegas dari Kanada kepada dunia, bahawa tidak kira betapa hebat dan besarnya anda, jika anda terlibat dalam apa-apa jenayah contohnya proses pembersihan etnik (pembunuhan beramai-ramai), anda tidak dialukan sama sekali di Kanada”

Sumber:
The Islamic Information

Exit mobile version