Gaya Hidup

Apa Yang Anda Rugi Apabila Kerap Menyalahkan Orang Lain

Oleh Natirah Azira  •  6 Oct 2018  •  2 min baca

Saya telah berkongsi punca dan faktor mengapa sesetengah orang suka menyalahkan orang lain dalam artikel lalu (Baca lebih lanjut). Kali ini saya akan menghuraikan tentang kesannya. Antara kerugian yang akan dihadapi oleh orang yang suka menyalahkan orang lain adalah seperti berikut:

#1- Pembangunan Diri Sendiri

Apabila kita menyalahkan orang lain, kita ibarat membina sebuah tembok antara diri kita dengan orang lain. Dan tembok ini mengurung diri dari dalam. Kita tidak dapat melihat dunia luar apatah lagi melangkah keluar. Kita tidak dapat belajar perkara baru untuk membangunkan diri sendiri. Kita tidak menggunakan konflik untuk memajukan diri. Akhirnya kita hanya dengan cara fikir kita sahaja dan tidak terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

#2- Perasaan Empati

Empati adalah suatu keadaan di mana kita memahami dan merasai apa yang sedang dialami oleh orang lain. Ia bukan hanya sekadar simpati atau rasa kasihan. Ia lebih mendalam kerana kita cuba untuk ‘memahami’.

Berterusan menyalahkan orang lain akan menjadikan kita seorang yang mementingkan diri sendiri, sedangkan Islam sangat menitik beratkan tentang sifat rahmah dan kasih sayang. Kajian juga mendapati bahawa kebiasaannya orang yang memiliki personaliti ‘narsisis’ cenderung untuk berterusan menyalahkan orang lain.

#3- Hubungan Yang Sihat

Hubungan yang sihat bermula daripada komunikasi yang sihat. Melalui komunikasilah kita dapat memahami kehendak, kemahuan serta sifat seseorang. Jika kita kerap menyalahkan orang, tidak mahu mendengar penjelasan atau mengelak dari berbincang, kita sebenarnya telah menggadaikan hubungan yang sihat dengan orang lain. Orang akan mula menjauhi kerana tidak ada rasa ‘percaya’ sebagai tunjang dalam perhubungan.

#4- Hilang Sikap Positif Terhadap Diri Sendiri dan Orang Lain

Rentetan daripada situasi diatas, lama-kelamaan kita juga akan hilang sikap positif terhadap diri sendiri. Mengapa? Kerana apabila tidak ada rasa percaya, kita lebih suka bersangka dan meragui kemampuan orang lain.

Jika hal ini berlaku dalam ruang lingkup pekerjaan, maka kesannya akan menjadi lebih teruk. Pekerjaan tidak dapat berjalan dalam suasana yang sihat dan harmoni. Dalam jangka masa panjang, kualiti kerja juga akan berkurang.

Hakikatnya kita sentiasa terdedah dengan sikap ingin menyalahkan orang lain. Dalam keadaan tertentu, ia adalah suatu yang wajar, terutama jika memang ada kesalahan (di pihak yang dipersalahkan). Mereka perlu menyedari supaya pembaikan boleh dilakukan. Namun jika sikap ini keterlaluan dan mengundang suasana yang tidak sihat kepada ramai orang, maka ada sesuatu yang perlu diambil perhatian.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami