Gaya Hidup

Kematian Itu Suatu Kepastian

Oleh Zulfikar Egar  •  11 Oct 2018  •  3 min baca

Sedarkah kita, bahawasanya hakikat kematian itu sesungguhnya agak menggentarkan. Bayangkan di akhirat sana nanti, Allah S.W.T menyatakan;

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”Surah Yasin: 65

Justeru itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu boleh hidup tanpa akhlak yang baik. Kerana tanpa akhlak yang baik, sudah pasti musibah akan menimpanya kelak di akhirat sana.

Begitu juga andai seseorang itu terlampu takut akan kematiannya. Kata Ustaz Muhammad Fahmi Rusli;

Takutkan kematian, hakikatnya ia merupakan tanda kelemahan pada aqidah seseorang insan.”

Ini kerana, takutkan mati bermakna takut kepada makhluk. Kematian disifatkan sebagai makhluk melalui firman-Nya;

Dia lah yang menciptakan kematian dan juga kehidupan…..”Surah Al-Mulk: 2

Ya benar, hakikat kematian itu ada kalanya susah untuk diterima bagi kita yang masih hidup ketika menerima khabar kematian insan yang terdekat. Tetapi itulah ketetapan Allah S.W.T pada setiap makhluk-Nya. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Ramai manusia takutkan mati kerana ingin terus berada dalam kehidupan dunia. Namun, mereka terlupa untuk mempersiapkan bekalan yang akan dibawa selepas kematian, yang merupakan ‘kehidupan’ sebenar buat mereka.

Dalam kitab Riyadus Solihin ada menerangkan bahawa hidup dan mati itu adalah sebagai ujian. Daripada Ibnu Mas’ud R.A, dia berkata;

“Nabi S.A.W pernah membuat suatu garis persegi empat dan menggaris tengah di persegi empat tersebut dan satu garis di luar garis segi empat tersebut, serta membuat beberapa garis kecil pada sisi garis tengah daripada tengah garis tersebut. Lalu baginda bersabda, ‘Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya yang telah mengitarinya atau yang mengelilinginya dan yang di luar ini adalah cita-citanya, sementara garis-garis kecil ini adalah rintangan-rintangannya, jika dia berbuat salah, maka ia akan terkena garis ini, jika berbuat salah lagi, maka garis ini akan mengenainya’.”Riwayat Bukhari (An-Nawawi, Riyadus Salihin)

Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini, destinasi terakhirnya cuma dua. Sama ada ke syurga atau sebaliknya. Sekiranya kita tidak ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga, maka adakah pilihan ketiga buat kita selain neraka?

Jawapannya adalah tiada. Dalam meneruskan kehidupan di dunia ini, usahlah kita terlupa untuk mempersiapkan bekalan yang akan dibawa selepas kematian, yang merupakan ‘kehidupan’ sebenar buat kita. Janganlah sampai kita menyesal kemudian hari sehingga kita mengucapkan;

Alangkah bagusnya sekiranya aku mempersiapkan (bekalan) untuk kehidupanku ini (selepas kematian, yakni di akhirat)”

Tidak teringinkah kita Allah S.W.T tamatkan di akhir kehidupan kita dengan penamat yang baik sebagaimana para Ulama silam?

Ketika al Imam Abu Hanifah merasakan kematian semakin menghampirinya, beliau pun sujud kepada Allah. Kemudian, keluarlah rohnya dari jasadnya dalam keadaan beliau sedang bersujud.

Tiada masalah yang akan menimpa andai kita menerusakan kehidupan di bawah skop syariat yang diperintahkan oleh Allah S.WT. Andai kita tergelincir melakukan kesalahan, maka istighfarlah dan mohonlah keampunan kepada Allah.

Teruskan kehidupan di dunia ini dengan mempersiapkan bekalan amalan untuk kehidupan sebenar di akhirat sana.

Sesiapa yang memahami hakikat kematian, dia akan memahami hakikat kehidupan lalu merancang kehidupan dan kematiannya dengan baik dengan disertai doa kepada-Nya.

Rancanglah kematian kita, kerana bentuk kematian kita bergantung kepada amal Soleh kita. Sesungguhnya kematian itu sebaik-baik peringatan buat kita bersama. Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami