Inspirasi

Balang Yang Berisi Pasir, Ini Analogi Kehidupan Anda

Oleh Natirah Azira  •  24 Sep 2018  •  2 min baca

Ada suatu video menarik yang pernah saya lihat. Dalam video itu, seorang guru masuk ke kelas dengan membawa sebuah balang kosong. Kemudian beliau menuangkan bola-bola golf sehingga ‘memenuhi’ balang tersebut lalu bertanya kepada para pelajar.

“Adakah balang ini penuh?”

Para pelajarnya menjawab ‘ya’. Kemudian beliau mengeluarkan sesuatu daripada beg yang dibawa. Rupanya ia adalah batu-batu kecil. Beliau menuangkannya ke dalam balang tersebut lalu bertanya kembali kepada para pelajar.

“Adakah balang ini sudah penuh?”
Para pelajarnya mula tersenyum.

Beliau seterusnya memasukkan pasir ke dalam balang tersebut. Balang itu kelihatan penuh sekarang.

Beliau bertanya lagi; “Adakah balang ini sudah penuh?”

Para pelajar dengan yakin menjawab ‘ya’.

Beliau kemudiannya memasukkan ‘bir’ (atau boleh juga air). Sekarang balang itu nampak betul-betul penuh.

Beliau kemudian menerangkan analogi di sebalik bahan-bahan yang dimasukkannya ke dalam balang. Bola golf tersebut melambangkan prioriti yang paling besar dalam hidup seperti keluarga, rakan, kesihatan dan juga impian.

Batu-batu kecil melambangkan hal yang lebih kecil seperti harta, kerja, rumah dan kereta. Pasir dan air pula melambangkan hal yang kurang penting. Mungkin seperti masalah-masalah kecil yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Masalah yang menambah rencah dan masam manis dalam kehidupan.

Begitulah kehidupan, jika kita silap menguruskan prioriti, maka kita akan memasukkan masalah-masalah kecil dahulu ke dalam kehidupan kita. Balang akan dipenuhi dengan pasir atau air dan tidak ada ruang lagi untuk bola golf atau batu-batu. Fikiran kita akan disesakkan dengan masalah berbanding hal yang lebih memerlukan perhatian seperti kesihatan, ibu bapa, keluarga dan yang paling penting adalah hubungan kita dengan Tuhan.

Bayangkanlah jika kita terlalu memberi perhatian kepada masalah contohnya masalah di tempat kerja, dan masalah tersebut dibawa pula pulang ke rumah, akhirnya memberi kesan kepada anak-anak dan atau ahli keluarga yang lain.

Belajar untuk kenali prioriti yang paling utama dalam kehidupan anda. Susun dan letakkannya dalam ‘kotak perhatian’ yang paling atas, diikuti dengan keutamaan kedua, ketiga dan seterusnya. Letakkanlah Allah SWT dalam setiap peringkat prioriti tersebut agar Allah memandu setiap urusan kita ke jalan dan destinasi yang terbaik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami