Ketahuilah para pembaca sekalian bahawa;
Kerana Allah S.W.T sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.Surah Hud : 15-16
Kerana Allah S.W.T sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). Surah Al Isra : 72
Kerana Allah S.W.T sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan. Namun hati yang berpaut kepada Allah S.W.T, tiada pernah mengecewakan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.Surah Lukman : 22
Kerana Allah S.W.T sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.Surah Ali Imran : 145
Kerana Allah S.W.T sedang mengingatkan bahawa tidak lama lagi nyawanya akan di ambil. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?Surah An Nisa : 78
Kerana Allah S.W.T sedang mengingatkan bahawa kain kafan juga berwarna putih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.Surah Ali Imran : 185
Kerana Allah S.W.T sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?Surah Al An’am : 32
Ayuh, berlumba-lumbalah kita dalam melakukan kebaikan. Kehdupan di dunia ini hanya seketika cuma.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.