Inspirasi

3 Ulama Digeruni Komunis : Pejuang Yang Tidak Didendang

Oleh Rizal Alhaj  •  15 Sep 2018  •  1 min baca

Mengikut tulisan Hasanuddin Yusof dari Maktab Penyelidikan, Tamadun Islam Nusantara, ketika tahun 1940an dan 1950an, pengganas komunis telah menunjukkan sikap biadap dan zalim terhadap masyarakat kampung.

Mereka telah menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tuan-tuan Imam di kampung-kampung.

Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk-penduduk kampung untuk berjihad menentang kekejaman pengganas komunis tersebut.

Perang Sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan Utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama-ulama ini ternyata menggerunkan pengganas komunis.

Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas-pengganas komunis sehingga mereka serik untuk melakukan onar di kampung-kampung lagi.

Disamping itu, ketiga-tiga tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan.

Menurut cerita, banyak maunah (bantuan dari Allah S.W.T) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak komunis dan lain-lain peristiwa di luar logik akal.

Sempena Hari Kemerdekaan, tokoh-tokoh seperti ini juga wajar diingati. Jasa mereka bukannya kecil untuk dilupakan.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami