Inspirasi

Adakah Pemain Bola Sepak Membawa Telefon Ketika Perlawanan?

Oleh Rizal Alhaj  •  16 Sep 2018  •  2 min baca

Kisah membawa telefon bimbit ke dalam Masjid dan di hadapan Kaabah. (Syeikh Nuruddin Al Banjari)

Syeikh Nuruddin Al Banjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi pertanyaan kepada para jemaahnya.

“Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa telefon bimbit mereka masuk ke padang ketika perlawanan sedang berlangsung?”

Para jemaah terdiam mendengarnya. Tiada seorang pun yang memberikan jawapan. Kemudian Syeikh Nuruddin menyambung;

“Sebab tidak ada kepentingan. Pemain hanya perlu memberi tumpuan pada permainan mereka.”

Persoalannya di sini, apa perlunya para jemaah membawa telefon bimbit ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid?

Apakah padang bola sepak itu lebih mulia daripada Masjid? Apakah permainan bolas epak itu perlukan tumpuan yang lebih berbanding khusyuk sewaktu solat?

Oleh itu, mulai detik ini, belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan telefon bimbit atau gajet dalam rumah Allah atau Masjid kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah S.W.T.

Kita wajib jaga adab kita dengan Allah S.W.T.

Syeikh Abdurrahman as Sudais, Imam Masjidil Haram di suatu ketika mengimamkan solat di hadapan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu telefon bimbit milik seorang jemaah yang solat di belakangnya.

Setelah selesai solat, beliau bangun sambil menangis lalu berkata kepada jemaah si pemilik telefon bimbit yang berbunyi waktu solat tadi.

“Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya tetapi hari ini saya mendengar alunan muzik di rumah Allah”

Semoga kita mendapat pengajaran tentang adab dan hormat dengan penuh ketaqwaan yang amat tinggi kepada Allah S.W.T terutamanya sewaktu kita berada di dalam Masjid.

Elakkan daripada membawa telefon bimbit ke Masjid atau sewaktu menghadiri majlis ilmu.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami