Gaya Hidup

8 Jenis Rezeki Di Sebut Dalam Al Quran

Oleh Rizal Alhaj  •  17 Sep 2018  •  2 min baca

#1- Rezeki Yang Telah Dijamin

“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”Surah Hud : 6

#2- Rezeki Kerana Usaha

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”Surah An-Najm : 39

#3- Rezeki Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”Surah Ibrahim : 7

#4- Rezeki Tidak Terduga

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”Surah At-Thalaq : 2-3

#5- Rezeki Kerana Istighfar

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.”Surah Nuh : 10-11

#6- Rezeki Kerana Bernikah

“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.”Surah An-Nur : 32

#7- Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”Surah Al-Israa’ : 31

#8- Rezeki Kerana Sedekah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”Surah Al-Baqarah : 245

Mudah-mudahan bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami