Tahukah kita, bulan Islam yang disebut Zulhijjah ini merupakan salah satu bulan yang penuh dengan rahmat dan maghfirah (keampunan).
Alangkah ruginya jika kita tidak sama-sama merebut ganjaran yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T pada bulan ini.
Berikut adalah beberapa ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam pada bulan Zulhijjah. Antaranya;
Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat bermula pada 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah (bagi mereka yang tidak melaksanakan wukuf di Arafah). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).”Riwayat Bukhari
Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan wukuf di Arafah, kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada waktu tersebut. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“Puasa hari Arafah (Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”Riwayat Muslim
Bagi mereka yang berkemampuan, digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban iaitu penyembelihan binatang seperti lembu dan unta.
Kebiasaannya, pihak masjid, surau mahupun organisasi yang melaksanakan ibadah ini akan mewar-warkan kepada khalayak tentang ibadah ini sebulan lebih awal sebelum datangnya bulan Zulhijjah.
Seperti sedia maklum, bulan ini adalah bulan yang dilimpahi dengan keberkatan.
Justeru itu, sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dengan mendirikan solat-solat sunat antaranya seperti tahajud, witir, hajat, tasbih dan lain-lain.
Selain solat sunat, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
Kurangkan bercakap tentang hal-hal yang tidak berfaedah dan gunakan peluang serta ruang yang ada dalam bulan Zulhijjah ini untuk meningkatkan amal soleh dengan membaca Al-Quran.
Amalan lain yang boleh dilakukan dalam bulan ini adalah memperbanyakkan sedekah.
Pelbagai cara boleh dilakukan antaranya, berbelanja kepada ahli keluarga termasuklah ibu dan bapa kita.
Bahkan, memberikan makan kepada anak-anak yatim dan miskin, menyumbangkan wang ringgit di mana-mana tempat yang memerlukan dan diyakini akan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat seperti masjid, surau dan pusat tahfiz.
Ibadah haji sememangnya dilakukan dalam bulan Zulhijjah. Bagi mereka yang berkemampuan dan diberi peluang bolehlah melaksanakan ibadah haji ini di Mekah, juga merasai pengalaman ibadah korban di sana.
Diingatkan, sekalipun kita tidak dapat menunaikan ibadah haji atau sembelihan korban yang disyariatkan dalam bulan Zulhijjah, usahlah pula hal itu menjadi penghalang untuk kita tidak mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini.
Sepertimana kita berlumba-lumba untuk merebut malam Lailatulqadar yang ada di dalam bulan Ramadhan, diharapkan begitulah juga perasaan kita umat Islam untuk meraih ganjaran yang dibentangkan oleh Allah S.W.T dalam bulan Zulhijjah ini. Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.