Inspirasi

Di Sebalik Ketenangan Hidup, Aku Mulai Belajar

Oleh Rizal Alhaj  •  15 Aug 2018  •  2 min baca

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat.
Ternyata ia hanya menutup kekurangannya tanpa berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tanpa duka dan kepedihan.
Ternyata ia hanya pandai menutup dengan mensyukuri apa yang ada.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian.
Ternyata ia begitu menikamti badai dan hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat sahabatku begitu sempurna.
Ternyata kerana ia berbahagia menjadi apa adanya.

Aku melihat hidup tetanggaku beruntung.
Ternyata ia selalu tunduk pada Allah S.W.T untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmatMu.

Ya Rabbi.
Ternyata terdapat lagi orang yang belum merasa seberuntung seperti yang aku miliki saat ini.

Dan satu perkara yang aku ketahui.
Bahawasanya Allahu Rabbi tidak pernah mengurangi ketetapanNya.
Hanya aku yang masih leka mengkufuri nikmat suratan dan takdir dariNya.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki dan nikmat orang lain.
Mungkin aku tidak tahu di mana rezekiku tetapi rezekiku tahu di mana diriku.

Dari seluas lautan biru, bumi yang terbentang dan setinggi-tinggi gunung, Allah S.W.T telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah S.W.T menjamin rezekiku sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah mengelirukan bila bertawakkal ke atas rezeki dimaksudkan datang selepas berusaha kerana berusaha adalah ibadah manakala rezeki itu adalah urusanNya.

Mengabaikan kebenaran demi khuatir tentang apa yang dijanjikan olehNya adalah satu kekeliruan berganda.

Manusia berusaha membanting tulang bekerja demi imbuhan atau pendapatan yang akan ditinggalkan jika esok mereka mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan seperti apa yang ditulis dalam angka tetapi apa yang sebenarnya telah dinikmati.

Rezeki tidak semestinya terletak pada usaha dan pekerjaan kita, Allah S.W.T meletakkannya mengikut kehendaknya.

Perjalanan pergi dan balik Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali tetapi air zamzam terpancut dari kaki sang bayi, Ismail A.S. Ikhtiar itu perbuatan, rezeki itu adalah kejutan.

Dan jangan lupa bahawa, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak;

“Dari mana mendapatkan wahai si fulan dan digunakan untuk apa wahai si fulan?”

Kerana rezeki adalah hak untuk digunakan dan bukan hak untuk dimiliki. Halalnya sahaja dihisab dan haramnya di azab.

Maka aku tidak boleh merasa dengki dan iri hati pada rezeki orang lain kerana tiada gunanya. Moga-moga rezeki kita luas dan berkat sebagai modal Ibadah. Amin.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami