Inspirasi

Jangan Hantar Saudara Mu Ke Neraka

Oleh Rizal Alhaj  •  13 Aug 2018  •  2 min baca

Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya’rawi (1911 – 1998M – Tokoh Tafsir Mesir) bertanya dengan seorang pemuda yang mempunyai pemikiran yang agak ekstrim;

“Adakah haram atau halal perbuatan meletupkan kelab malam atau tempat-tempat maksiat dalam sesebuah negara ?”

Pemuda itu dengan bangga menjawab;

“Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka”

Syeikh Sya’rawi bertanya lagi;

“Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka sedang melakukan maksiat kepada Allah, apakah akan terjadi kepada mereka atau kemanakah mereka akan pergi ?”

Pemuda itu membalas;

“Sudah tentulah mereka akan masuk ke neraka jahanam”

Syeikh Sya’rawi menyambung soalannya;

“Ke mana syaitan ingin membawa mereka ?”

Pemuda itu menjawab;

“Sudah tentu ke neraka sebab itu adalah matlamat syaitan”

Syeikh Sya’rawi berkata;

“Kalau begitu kamu dan syaitan telah bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka”

Kemudian Syeikh Sya’rawi mengingatkan pemuda itu pada satu hadis Rasulullah S.A.W.

Ketika mana lalu jenazah bangsa yahudi di hadapan Baginda S.A.W, Baginda S.A.W. bangun dan menangis. Lalu sahabat bertanya;

“Apa yang menyebabkan engkau menangis Ya Rasulullah?”

Baginda S.A.W. berkata;

“Satu jiwa telah terlepas dari ku dan sedang menuju ke neraka”

Syeikh Sya’rawi lalu berkata kepada pemuda itu;

“Nampakkah perbezaan antara kamu dengan Rasulullah S.A.W. yang inginkan hidayah buat semua umatnya dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu berlainan pandangan manakala Rasulullah S.A.W. memiliki pendapat yang lain”

Mari kita bermuhasabah diri. Jangan biarkan saudara dan teman sekeliling kita lalai dan menuju ke neraka. Tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak.

Setelah berusaha letakkan pergantungan kepada Allah S.W.T kerana hidayah bukan hak pemberiannya terletak kepada kita tetapi ianya adalah hak mutlak daripada Allah S.W.T.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami