Buat teman-teman yang terutamanya sudah mencapai usia 40 tahun, 50 tahun serta 60 tahun dan ke atas.
Ini ada beberapa nasihat yang baik dan boleh dipraktikkan. Lakukannya demi kehidupan yang lebih baik.
Cubalah mendapatkan urutan urat saraf sekurang-kurangnya 7 kali dalam setahun untuk melancarkan perjalanan darah. Meskipun kita tidak mengalami kesakitan pada saraf.
Perbanyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kurangnya air di dalam badan.
Cuba lakukan senaman walaupun hanya berjalan kaki dan menaiki tangga.
Kurangkan kuantiti makanan kerana semakin banyak kita mengambil makanan semakin cepat kita akan mendapat penyakit.
Jauhi kemarahan atau kegusaran. Belajar melupakan perkara-perkara yang remeh-temeh.
Makanlah makanan berkhasiat. Dalam usia lingkungan ini, berbagai penyakit akan hadir. Ingatlah orang yang tersayang.
Duit dan harta boleh di cari tetapi jika tanpa kesihatan yang baik, duit yang banyak tiada maknanya.
Buangkan sifat marah serta dendam terhadap sesiapa pun. Tempuhi kehidupan ini dengan seadanya dan dengan rasa tenang serta gembira.
Banyakkan bergurau senda bersama keluarga dan rakan taulan. Kurangkan tekanan dalam kehidupan dan nikmatilah hidup bergaul dengan semua orang.
Lebihkan masa untuk duduk mengadap Allah S.W.T kerana kita telah mula menuju kepada-Nya.
Bersedekahlah, berzakatlah dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabilillah agar saham-saham ini berupaya membantu kita di Akhirat kelak. Insyaa Allah.
Semoga beroleh manfaat buat semua.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.