Jika seseorang itu memberi bersedekah dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah S.W.T dahulu sebelum orang yang menerimanya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu? Rujukan dari hadis-hadis ada menyatakan;
#1- Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah S.W.T
#2- Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang
#3- Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InsyaaAllah akan menjauhkan kita dari seksaan api neraka jahanam
#4- Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah S.W.T dan mampu memadamkan kepanasan di alam kubur
#5- Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah S.W.T akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut
#6- Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan
#7- Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah S.W.T
#8- Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda
#9- Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang pernah dilakukan
#10- Sedekah dapat membantu anda untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah S.W.T dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda
#11- Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T
#12- Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah S.W.T
#13- Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat
#14- Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati
#15- Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah S.W.T
#16- Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia
#17- Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan memberi kejayaan hidup
#18- Sedekah adalah ubat
#19- Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung
#20- Sedekah yang paling baik adalah jika anda menyampaikan pesanan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah. InsyaAllah, Allah memberikan ganjaran buat anda.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.