Sewaktu kecil-kecil, adik-beradik tidur bersama.
Bila sudah besar, bilik masing-masing.
Bila sudah bernikah, rumah masing-masing.
Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising.
Mulanya berkumpul, penutupnya kubur masing-masing.
Wahai adik-beradikku, wahai anak menantuku, wahai saudara maraku, wahai sahabat-sahabatku.
Disebabkan kubur masing-masinglah, kita kena selalu saling berpesan-pesan.
Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
Ingatlah, di sana tiada abang, kakak dan adik.
Hanya yang tinggal kamu dan amal mu.
Bersedia selalu, bersiap selalu.
Malaikat maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
Jika anda ingat mati, anda orang yang bijaksana.
Alam Barzakh permulaan kehidupan yang sebenar.
Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah S.W.T akan membalas kebaikan yang kita buat.
Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.
Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya.
Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah pemilik semua yang baik.
Moga bermanfaat buat saya dan kamu yang membaca.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.