Site icon Tazkirah

Palestin Menyelar Tindakan AS Keluar Dari Majlis Hak Asasi PBB

RAMALLAH, Palestin

Pihak Berkuasa Palestin mengutuk keputusan A.S. menarik dari secara unilateral dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB, sambil mengatakan bahawa tindakan itu memperlihatkan kecenderungan A.S. terhadap Israel.

Pengunduran A.S. dari majlis hak asasi manusia PBB mendedahkan sejauh mana pentadbiran ini bersedia untuk melindungi Israel dari bertanggungjawab,” kata Menteri Luar Palestin dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Pada hari Selasa A.S. mengumumkan pengundurannya dari majlis hak asasi manusia PBB, menuduh badan tersebut bersikap hipokrit dan berat sebelah terhadap Israel.

Tindakan tambahan yang berat sebelah menentang Palestin akan meningkatkan lagi keberanian Israel untuk meneruskan pelanggaran hak asasi manusia,” kata kementerian itu.

Hubungan menjadi tegang antara Pihak Berkuasa Palestin dan A.S. sejak selepas kedutaannya dipindahkan dari Tel Aviv ke Jerusalem pada bulan lepas.

Bagi pihak Israel pula, mengalu-alukan tindakan A.S., menggambarkannya sebagai “keputusan yang berani menentang hipokrit dan pembohongan” majlis hak asasi PBB.

Bertahun-tahun lamanya membuktikan bahawa UNHCR berat sebelah, bersikap bermusuhan, organisasi anti Israel dan juga telah mengkhianati misi untuk melindungi hak asasi manusia,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.

Keputusan A.S. untuk menarik diri dari majlis hak asasi PBB dibuat berikutan perbincangan berpanjangan antara kedua-dua wakil A.S. dan PBB, di New York dan Geneva, di mana lokasi majlis berpusat.

Ini juga disebabkan oleh kegemparan terhadap polisi kontroversi Prsiden Donal Trump mengenai imigran, menyebabkan salah guna hak asasi manusia terbesar dengan memisahkan kanak-kanak daripada ibu bapa yang tidak mempunyai dokumen menyeberangi sempadan A.S. demi mencari kehidupan yang lebih baik.

Penulis: Anees Suheil Barghouti / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: Anadolu Agency

Kredit Gambar: Anadolu Agency

Exit mobile version