Berita

Pejuang Hamas Maut Dibunuh Tentera Israel Ketika Cuba Menyeberang Sempadan

Oleh Tim Tazkirah  •  29 May 2018  •  1 min baca

GAZA: Seorang pejuang Hamas maut ditembak oleh kereta kebal Israel di sebuah pos kawalan tentera semalam. Menurut tentera, “Kejadian itu berlaku ketika tentera cuba mengejar dan menangkap dua orang lagi militan Gaza yang dilihat cuba untuk menyeberang ke Israel”.

Seorang tentera Israel telah ditembak dari dalam Jalur Gaza semasa kejadian kejar-mengejar dua orang pejuang Palestin yang cuba menyusup dengan bersenjatakan pisau, pemotong wayar dan bahan mudah terbakar.”

Sebagai tindak balas, sebuah kereta kebal Tentera Pertahanan Israel (IDF) telah menembak pos kawalan tentera yang berada bersebelahan,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan lain, Hamas mengesahkan bahawa seorang pejuangnya telah terbunuh semasa serangan di pos kawalan semalam serta dua orang rakyat Palestin yang cuba melanggar sempadan telah ditahan oleh pihak Israel. Namun tiada tentera yang tercedera.

Perbalahan di sempadan Israel-Gaza telah melonjak sejak rakyat Palestin memulakan demonstrasi besar-besaran pada 30 Mac lalu yang dikenali sebagai ‘March of Return’.

Sekurang-kurangnya 116 rakyat Palestin terbunuh dan beribu-ribu orang tercedera akibat tembakan tentera dalam bantahan itu. Israel sering kali menyalahkan Hamas kerana menimbulkan keganasan, namun kumpulan itu menafikannya.

Penulis: Arab News / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: Arab News

Kredit Gambar: Arab News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami