Inspirasi

Berhijrahlah Demi Allah

Oleh Ebit Liew  •  10 Apr 2018  •  2 min baca

Sebak saya mendengar perkongsian Datuk Rosyam Nor hari ini. Katanya, dekat setengah abad beliau tidak pandai membaca Al-Quran.

“Apabila ada majlis bacaan Yaasin saya buat-buat baca. 3 ayat pertama je saya tahu baca. Sehinggalah satu hari bila ayah saya meninggal dunia. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.

Beliau menyambung lagi;

“Bermula detik itu saya mula belajar Iqra. Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”

Beliau menangis bercerita, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah.

Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya beliau menasihati;

“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”

Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”

Saya hadiahkkannya buku isteriku Bidadari. Kata beliau;

“Ustaz saya dah baca buku ini, saya dah ada buku ini lama dah. Banyak saya sudah amalkan. Saya selalu tengok video ustaz mendekati golongan punk. Dakwah depan club orang-orang yang mabuk. Saya tersentuh ustaz puji dan hargai mereka. Saya tidak mampu buat begitu”

Saya kata kepadanya;

“Kalau TaiLong turun satu Kuala Lumpur pasti akan turun dengar ceramahnya.”

Subhanallah, Rosyam Nor yang sebenar memang baik sangat. Subhanallah, Allah sentiasa menunggu kita untuk memohon ampun di atas segala kelalaian yang kita lakukan. Berhijrahlah demi Allah!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami