Ibadah

7 Amalan Mendekatkan Diri Anda Pada Rabb

Oleh Aslam  •  28 Mar 2018  •  5 min baca

Manusia merupakan insan yang sedang menggembara di atas permukaan dunia ini.

Sedar tidak sedar, perjalanan kita di dunia ini seperti kita sedang bermusafir dan dunia merupakan salah satu tempat kita berhenti mengumpul bekalan untuk dibawah ke dunia yang seterusnya.

Oleh sebab itu, persediaan yang rapi perlu disediakan dengan sebaik-baiknya.

Namun, dalam dilema hidup bersama manusia, kita akan menjadi terlalu sibuk sehingga tiada masa khusus selain solat untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita.

Namun, dalam sedar atau tidak, kita sebagai hamba perlu lakukan beberapa amalan untuk mendekatkan diri pada-Nya walau sesibuk mananya kita dalam menyelesaikan urusan dunia;

#1 – Solat Berjemaah

Solat merupakan perkara yang langsung diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Penerimaan solat juga merupakan satu rahmat daripada Allah kepada manusia sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Jika ditelesuri sejarah penerimaan solat ini, hampir 50 waktu yang diterima dan sepatutnya ditunaikan oleh hambaNya.

Namun dengan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, maka pengurangan demi pengurangan telah dikurangkan sehingga menjadi lima waktu utama yang wajib untuk dilaksanakan oleh kita sebagai manusia.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#2 – Berzikir

Dalam kehidupan seharian kita juga, usahalah untuk membaca zikir-zikir yang ringkas dan ringan di bibir kita.

Sebagai contoh yang senang, dalam perjalanan kita balik dari kerja atau kita sedang menuju ke sesebuah destinasi, kita boleh manfaatkan dengan membaca zikir dengan titipan di mulut kita.

Dengan berzikir, ia secara tidak langsung mengingatkan kita pada Allah. Kelebihan bila kita berzikir ialah Allah akan ingat kepadanya.

Beruntunglah bagi sesiapa yang Pencipta ingat akan dirinya. Allah telah berfirman dalam Quran yang bermaksud;

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”Surah Al-Baqarah:152

#3 – Memperbanyakkan Doa

Doa adalah satu senjata yang telah dibekalkan oleh Allah kepada hambaNya dan ia sesuai digunakan sepanjang zaman semasa kita masih diberi hayat untuk hidup ini.

Ya, iaitu doa. Doa adalah senjata utama mukmin.

Masyarakat Islam antarabangsa dilanda ujian yang sangat hebat, kita yang tidak mampu untuk ke sana menabur bakti menentang kezaliman, namun kita tidak seharusnya lupa bahawa kita masih mempunyai senjata utama iaitu doa untuk dihantarkan kepada mereka.

Oleh sebab itu, manfaatkanlah doa dengan sebaiknya dan lebih indah lagi dengan memperbanyakkan doa kepada Allah kerana Allah amat menyanyagi hambaNya yang sentiasa meminta kepadaNya.

Minta dan mohonlah kepada Allah dengan sebanyak-banyak permohonan kerana kita adalah hambaNya.

#4 – Berselawat

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” Surah Al-Ahzab: 56

Selawat merupakan salah satu perkara yang sangat banyak kelebihan bila diucapkan atau dilafazkan.

Kelebihan terbesar ialah dengan berselawat, kita mampu untuk mendapatkan syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelas.

Di saat manusia berada dalam keadaan panas terik mentari di Padang Mahsyar, syafaat merupakan salah satu penyelamat kita.

Oleh sebab itu, perbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping menyemai rasa cinta kepada Baginda.

#5 – Qiammullail

Satu medan yang sangat sukar untuk kita biasakan diri dengannya ialah bangun malam kerana barangkali ia adalah amalan yang jarang-jarang kita lakukan.

Azam disemat biasanya untuk melaksanakan qiammullail untuk mendekatkan diri kita pada Rabb. Dengan berqiammullai, ia mampu untuk menghapus dosa-dosa dan mecegah diri seseorang daripada melakukan dosa.

Jika mengikut keadaan semasa pula, dengan berqiammullail, sebenarnya ia merupakan salah satu pertemuan yang sunyi dan kita sedar bahawa hubungan kita dengan Allah dalam keadaan yang tenang.

Oleh sebab itu, di saat ramai manusia lain tidur, kita bangun untuk bermunajat dan solat malam dan pada saat ini jugalah amat sesuai untuk menitiskan air mata.

#6 – Puasa Sunat

Hidup kita juga tidak akan terlepas dengan kekalahan kita kepada nafsu. Dengan adanya nafsu, kita sering menangguhkan apa yang kita ingin lakukan dan kadang-kala ia menjadi penyebab dosa kita bertambah setiap hari.

Oleh sebab itu, bagi mengekang nafsu kita, berpuasalah. Ia mampu melahirkan ketaqwaan kerana ia mengandungi unsur pengendalian syahwat dan membentengi kita daripada perkara buruk.

Oleh sebab itu, ustaz-ustaz pernah berpesan, bagi menundukkan nafsu, maka perbanyakkanlah berpuasa.

#7 – Istigfar

Allah SWT telah berjanji seperti di dalam sabda Baginda, Rasulullah SAW;

“Allah telah berfirman; “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”

Oleh sebab itu, dengan beristigfar dosa yang kita ada akan diampuni oleh Allah SWT.

Dengan berbekalkan rahmatNya, dengan beristigfar banyak kelebihan dan faedahnya. Kelebihan terbesar ialah bila dosa kita dihapuskan oleh Allah.

Banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya dalam hidup kita untuk mendekatkan diri pada Allah.

Namun ia berbalik kapda diri kita sebenarnya untuk melakukan atau tidak, dan ia mudah dilakukan dan senang diucapkan, tapi ia berat pada jiwa kita.

Berusahalah dengan seberapa daya mungkin. Kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Aslam

Seorang yang suka membaca buku motivasi dan lebih kepada Sejarah Islam. Minat dalam mengeluarkan ayat yang puitis. Pernah memenangi Anugerah Artikel Peringkat IPG Kampus Dato’ Razali Ismail di tempat ketiga. Beberapa langkah untuk menjadi pendidik anak bangsa di bumi Malaysia ini!

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami