Keluarga

Rindu Kasih Sayang Insan Mulia Bergelar Ibu

Oleh Ebit Liew  •  16 Feb 2018  •  3 min baca

Pada satu hari tu mak saya balik tengah malam. Mak bawa balik nasi goreng pattaya. Sedap sangat, tetapi ada satu je, perlu kongsi ramai-ramai. Sewaktu itu keluarga saya susah.

Saya pun jarang meminta duit dengan mak ayah dan tak minta apa-apa. Masa itu gaji mak beberapa ratus ringgit sahaja. Saya niat tidak mahu susahkan mak ayah saya lagi. Ya Allah jadikanlah susah ini semua asbab hidayah.

Pernah mak balik rumah sedih sebab kerja dakwah yang saya buat. Ada orang hina dan marah. Saya tengok mak, saya menangis. Sebab saya, mak ayah saya rasa rendah diri dan bersedih.

“Maafkan Ebit mak, mak lah pendakwah sebenarnya”

Saya peluk mak saya dan minta maaf. Mak saya kata pada saya;

“Tak mengapa Ebit. Teruskanlah dakwah ni. Teruskanlah kebaikan. Ikhlas kerana Allah”

Mak cium-cium saya. Masih terasa ciuman mak. Rindu ciuman mak saya. Ya Allah rindunya, masa itu mak saya cium dan saya lap. Menyesalnya rasa.

Perkataan paling saya rindu dalam hidup saya ialah ucapan sayang dari mak saya. Saya berdoa agar Allah izinkan saya cium mak semula dan cakap saya sayang padanya dalam syurga kelak.

Saya kata pada mak saya;

“Ebit yakin kita jaga agama sungguh-sungguh, Allah akan jaga kita.”

Saya jawab;

“Yer mak. InsyaAllah.”

Mak sambung lagi, memberikan saya semangat;

“Anak, buatlah kerana Allah. Itulah tujuan hidup kita. Tidak mengapa, jangan bersedih kerana dimarahi buat dakwah. Orang tidak mahu dengar pun takpe. Kita buat kerana Allah.”

Baru beberapa tahun ini, Alhamdulillah Allah mudahkan dakwah dan kehidupan saya.

“Mak dah pergi dulu. Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapaku. Berilah mereka syurga FirdausMu.”

Segala puji bagi Allah. Tiada daya upaya langsung melainkan pertolongan Allah. Bila tengok video kat page Ebit Lew view ada yang sampai 3.5 juta.

Dah lama tidak tengok view itu semua, ada staff tunjukkan. Terutama video bahagia bila dahi sujud kepada Allah.

Rasa rindu dekat mak. Ingat semua perbualan dengan mak. Ya Allah, jika ada pahala untuk semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya yang tercinta. Terima kasih Allah.

Syukur pada Allah yang memberi segala nikmat. Masa sign buku Isteriku Bidadari. Ramai beratur. Bersungguh-sungguh minta doa. Air mata saya laju dan menulis 21/12. Sebab rindu mak.

Mak adalah orang pertama akan cakap selamat hari lahir pada saya.

Walaupun saya tidak pernah ada rumah masa tarikh lahir. Sebab sebulan lebih cuti sekolah dari kecil, mak saya hantar saya buat dakwah di pedalaman. Jadi tidak pernah duduk rumah lama-lama.

Dulu berjauhan berdakwah tulis surat menangis-nangis rindu. Tidak berani nak tengok semua surat itu. Nampak mak saya simpan baik-baik surat Ebit dalam bilik. Sampailah ke universiti. I Love You mak.

Segala puji bagi Allah. Ebit rindu mak. Ya Allah sampaikanlah rasa rindu ini pada mak di sana. Laju air mata ebit mak. Terima kasih Allah bagi pinjam mak saya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami