Keluarga

Isteriku Bidadari

Oleh Ebit Liew  •  6 Feb 2018  •  4 min baca

Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, tidak kemas, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit dan layanan mereka tidak sempurna.

Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya.

Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti, 24 jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tidak sempurna.

Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mengerah keringat mencari rezeki buat keluarga bagi mengurangkan bebanan suami.

Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumah tangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal, ibu dan ayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.

Daripada awal pagi kemas rumah, siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai karenah anak dan suami.

Balik kerja segera cepat-cepat balik ke rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi, duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit daripada suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.

Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak.

Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati, tersilap mula ayat atau nada dan tidak sempat bercantik-cantik. Tidak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.

Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa.

Meneruskan urusan rumah tangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tidak mahu tidur.

Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan keadaan marah.

Isteri sepanjang malam rasa bersalah, itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumah tangga sehingga habis usia, sampai 40 tahun. Tetapi mereka ikhlas kerana Allah itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita.

“Khadijah R.A tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama”

Saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti. Sebab itu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool je tidak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya dan fahami isterinya.

Sayangilah isteri kita dan maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah, bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong.

Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk. Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Berikan cuti, layan mereka seperti permaisuri sekali-sekala. Mereka tiada gaji, hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu.

Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud, doa, baca hadis Nabi S.A.W.

Mereka bukan tukang masak jauh juga bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi S.A.W. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.

Itulah kehidupan rumah tangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat.

Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.

Syukur kepada Allah, bila jalan tadi tengok buku “Isteriku Bidadari” walau dah tahun ke-3 di pasaran masih top 5.

Sentiasa menjadi buku terlaris, terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Supaya setiap suami menyayangi bidadarinya dan setiap isteri melihat kekurangan diri sebagai bidadari syurga. Isteriku Bidadari 11 kaedah bimbing keluarga.

Artikel Berkaitan:
21 Tips Membuatkan Isteri Anda Jatuh Cinta Setiap Hari
Mataku Untuk Isteriku Dan Mata Isteriku Hanya Untukku


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami