Sedih bila saya mendapat banyak mesej, ramai mengadu pergaduhan dan tiada kesefahaman antara mertua dengan menantu. Perasaan kekeluargaan kian hilang.
Ya Allah. Berapa hari sangat lagi kita tinggal dalam dunia ini untuk bermusuh.
2 lelaki yang berada di hadapan mata saya setiap hari, dari mereka saya belajar erti cinta dan kasih sayang. Ayah saya dan ayah mertua saya.
Benarlah cinta dan kasih sayang ini adalah dengan melalui contoh yang baik. Jadilah contoh cinta dan kasih sayang buat anak-anak kita, anugerahkanlah anak-anak kita dengan contoh yang baik.
Dari kecil saya melihat bagaimana ayah saya mencintai dan menyayangi ibu saya. Makan mesti berdua. Tak pernah bergaduh dan saling sayang menyayangi.
Ibu bapa saya sambut bidadari saya lebih dari anak sendiri. Melayannya seperti permaisuri dalam keluarga saya.
Begitu juga mertua saya. Subhanallah. Dari hari pertama saya bakal menjadi menantunya. Walau ketika itu gaji bersih Cuma RM1 200.
Sibuk dakwah ke sana sini. Duit tiada, lesen kereta pun tiada, rumah tiada. Tetapi sikit pun tidak pernah mereka memandang rendah pada saya.
Begitulah dirinya kepada semua menantunya. Dilayan seperti anak sendiri. Daripada hari pertama sehingga ke hari ini. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikannya.
Pengorbanannya memberi anaknya yang tercinta buat diriku sebagai isteri bidadari. Baiknya, tutur kata mak ayahnya turun jua kepada anaknya.
Bila bercakap punyalah lemah lembut. Baik, tutur katanya Subhanallah. Setiap kali berjumpa beliau pasti meringankan lidah meminta maaf dan terima kasih.
Saya tanya beliau apa rahsianya. Katanya banyakkan bersangka baik, cakap yang baik-baik dan doa yang baik-baik. InsyaAllah baik semuanya.
Ya Allah, begitu sekali rahmat-Mu dalam hidupku ini. Tidak tahu mahu meluahkan bagaimana gambaran rasa syukur ini. Terima kasih Ya Allah kurniakan mak dan ayah yang terbaik dan mertua terbaik dalam hidupku. Inilah harta paling mahal dalam hidup ini. Terima kasih Allah.
Setiap kejayaan dalam hidup saya hari ini adalah di atas kehebatan doa mak ayah dan mertua saya yang amat penting dalam hidup saya.
Saat mereka sampai ke Paramount Coffee House. Saya minta doa mereka. Terasa itu pun cukup membawa berkat dalam Paramount Coffee House.
Bila mereka senyum di dalamnya terasa sejuk di dalamnya. Begitu juga kehadiran mereka ke program Keluarga Sunnah.
Walaupun usia mereka 70-80 tahun, terasa doa mereka bersama saya. Sampai bila-bila tiada mampu membalas doa mereka buat saya.
Hargailah mertua kita, sedih bila orang benci mertua. Lagi sedih bila mertua benci menantu tanpa sebab munasabah.
Berkasih sayanglah kerana Allah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Benarlah hati yang bersih dan kenal Allah akan menghargai setiap orang yang hadir di dalam hidupnya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.