Ibadah

Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam Dan Perkara Yang Berkaitan

Oleh Marina  •  26 Aug 2017  •  2 min baca

Islam amat menitikberatkan soal halal dan haram terutama dalam aspek pemakanan.

Oleh itu, pengetahuan tentang kaedah penyembelihan perlu diketahui serta dilakukan mengikut syariat.

Sembelihan juga berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan umat Islam itu sendiri.

Selain itu, Islam juga agama rahmat yang menebarkan kasih sayang kepada seluruh manusia juga haiwan yang melata.

Oleh itu, kaedah penyembelihan binatang korban itu hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah agar tidak menyakiti binatang tersebut.

Mari telusuri lagi, apa yang perlu diketahui tentang penyembelihan binatang korban ini;

#1 – Rukun Sembelihan

Ijma’ fuqaha’ menetapkan bahawa rukun sembelihan terbahagi kepada empat iaitu;
#1- Penyembelih
#2- Binatang sembelihan
#3- Alat untuk menyembelih
#4- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelihan

#2 – Syarat-syarat Sembelihan

*Penyembelih

#1- Hendaklah beragama Islam
#2- Baligh (tidak sah bagi kanak-kanak)
#3- Berakal (tidak sah jika gila)
#4- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
#5- Membaca basmalah

*Binatang Yang Disembelih

#1- Binatang yang halal dimakan
#2- Binatang itu masih hidup
#3- Mati dengan sekali sembelihan
#4- Wajib putus urat pernafasan (urat marih) dan urat tempat laluan makanan (halkum)

*Alat Sembelihan

Mestilah alat yang tajam seperti pisau.

*Tempat Sembelihan

#1- Bagi sembelihan binatang yang berkuasa hendaklah dilakukan dengan cara menangkap dan disembelih ke atasnya. Wajib memutuskan urat halkum dan urat marih dengan sempurna.

#2- Bagi sembelihan binatang yang tidak berkuasa ke atasnya iaitu binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya, hendaklah dilukakan pada mana-mana bahagian tubuhnya sehingga ia mati.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita dalam menjalankan ibadah sembelihan ini.

Bagi mereka yang terlibat sebagai penyumbang, adalah terlebih baik untuk turut sama menyaksikan perlaksanaan korban yang dijalankan.

Manakala bagi mereka yang terlibat secara bergotong-royong melancarkan ibadah sembelihan ini, diharapkan agar ianya dilakukan mengikut syariat yang telah ditetapkan. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami