Keluarga

3 Faktor Yang Menjadikan Anak-Anak Sekarang Mencabar

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  13 Aug 2017  •  3 min baca

#1 – Penuhi Kemahuan Berlebihan

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada sahaja, ini cabaran bagi semua ibu bapa . Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan.

Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana mengandaikan bahawa orang lain juga sepertinya.

Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat memahami permasalahan orang lain. Mereka menjadi tiada ’empathy’.

Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan untuk eksplorasi/ dan refleksi diri sendiri bagi membina karakter. Ada juga anak yang terlalu banyak masa senggang (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

Latihlah anak untuk membezakan antara kemahuan dan keperluan. Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak, itu tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik. Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak serta merta, itu juga tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik.

Anak-anak perlu tahu bahawa orang lain juga mempunyai tugasan dan keperluan mereka yang perlu diimbangi. Ini adalah skil sosial yang penting supaya tidak menjadi individualistik. Anak-anak perlu dilatih untuk bersabar dan menunggu kiranya mahukan sesuatu.

#2 – ‘Overnurtured’

Ibu bapa buatkan semua untuk anak kerana ‘sayang’kan anak sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting.
Contohnya, menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi seorang yang terancang dan terurus. Ini adalah skil yang sangat penting dari kecil sehingga dewasa. Jika ibu bapa atau orang gaji yang susunkan jadual, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri.

Jika ibu bapa buatkan ‘homework’ untuk anak dan mengatakan itu hasil kerja anak, anak belajar untuk berbohong.
Jika betul sayangkan anak, bimbing dan latihlah anak dengan skil penting dalam kehidupan kerana kita tidak dapat membantu anak sampai bila-bila.

Sekali sekala biarlah anak merasa kecewa kerana itu adalah lumrah kehidupan. Bantu dan latih mereka menghadapi kekecewaan.

Latihlah anak dengan skil penyelesaian masalah kiranya melakukan kesilapan supaya kesilapan tidak berulang lagi. Usahlah diselamatkan anak tanpa membimbingnya.

#3 – Tiada Peraturan Yang Jelas Dan Konsisten

Ibu bapa tidak boleh mengharapkan wujud ‘common sense’ dengan sendirinya pada anak-anak supaya anak tahu apa yang baik, buruk, selamat dan bahaya. Anak-anak perlu diberitahu apa batasan dan peraturan dalam kehidupan.

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak apa implikasi sesuatu perbuatan kepada diri dan orang sekeliling. Ini akan menjadikan anak lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain .

Tanpa peraturan yang jelas, anak akan sentiasa rasa ‘insecure’ dan anak akan melakukan apa saja mengikut ‘citarasa’ sendiri.

Jika inginkan anak bekerjasama dengan kita, amalkan komunikasi yang positif dan terbuka dengan anak-anak dari mereka kecil lagi.

Biar anak tahu kita boleh menjadi kawan baik mereka tetapi kita tetap THE BOSS yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk membimbing mereka.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami