Keluarga

2 Ciri-Ciri Penting Yang Perlu Ada Buat Anda Sebagai Ibu Bapa

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  22 Sep 2017  •  2 min baca

#1 – Tegas Mengenai Akhlak Dan Adab

Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya. Akhlak dan adab perlu dibimbing, ia tidak ada dengan sendirinya pada diri anak-anak.

Ia bukan ‘common sense’ bagi anak-anak. Ibubapa perlu tegas dengan diri sendiri supaya menjadi suri teladan terbaik dari segi akhlak dan adab.

Ibubapa perlu tegas dengan anak supaya anak mempunyai akhlak dan adab yang terpuji. Tiada kompromi tentang akhlak dan adab kerana ia bermula dari kecil dan akan dibawa sehingga mati.

Pelbagai kaedah sudah dicuba tetapi anak tetap begitu juga? Berbuih sudah mulut berkata-kata tetapi anak tetap tidak endah? Pelbagai ganjaran diberi tetapi anak sama saja? Bermacam-macam hukuman dikenakan tetapi anak tidak juga berubah?

Bersabarlah, usah berputus asa. Tidak ada manusia lain di dunia ini yang inginkan kebaikan buat anak-anak kita selain kita sebagai ibubapa.

Jika kita berputus asa, jika kita tidak sabar, tidak ada sesiapa lagi yang akan mengendahkan anak-anak kita. Kita akan dipersoalkan nanti tentang sejauh mana usaha kita selama ini dalam membimbing anak-anak kita dengan akhlak dan adab.

Dari Sa’id bin ‘Ash, Rasulullah s.a.w bersabda

“Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya melainkan adab yang terpuji.”Riwayat Tarmizi

#2- Mesra Pada Sifat Individu Anak

Kain putih itu ada pelbagai jenis. Teksturnya tidak sama. Yang lembut perlu lebih berhati-hati supaya tidak koyak. Yang kasar perlu disesuaikan supaya ia tetap berguna.

Supaya akhlak dan adab dapat dibimbing dengan baik, kita perlu kenal setiap seorang daripada anak-anak kita kerana setiap seorang daripada mereka adalah berbeza.

Pembawaan semulajadi (temperament) setiap anak adalah berbeza-beza. Cara pembelajaran adalah berbeza-beza.

Keupayaan individu adalah berbeza-beza. Kelemahan dan kekurangan adalah berbeza-beza. Minat dan kecenderungan adalah berbeza-beza. Sensitiviti adalah berbeza-beza. Kecerdasan adalah berbeza-beza.

Ini memerlukan kemesraan, pemahaman dan kompromi supaya ketegasan kita tidak mematahkan.

Anak kedua mungkin memerlukan kaedah yang berbeza daripada anak yang sulung kerana pembawaannya berbeza.

Anak keempat mungkin lebih mudah menerima nasihat berbanding anak kelima kerana sensitivitinya berbeza.

Layanlah semuanya dengan adil. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak semestinya sama rata.

TEGAS DAN MESRA


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami