Keluarga

Bagaimana Al-Quran Boleh Menjadi Pembelajaran Efektif Kepada Kanak-kanak?

Oleh Usman Shamaki  •  1 Aug 2017  •  3 min baca

Kitab suci Al-Quran merupakan sebuah panduan yang mulia dalam kehidupan masyarakat Islam kerana diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai kitab yang suci dan penuh dengan peringatan, ia diangkat sebagai sebuah kitab pembelajaran kepada manusia agar kehidupan ini teratur berlandaskan Al-Quran.

Disebabkan Al-Quran disanjung tinggi dalam Islam, orang-orang yang menghafalnya turut diberikan penghormatan dan mempunyai status yang hebat dalam kalangan umat Islam (termasuk Nabi Muhammad SAW).

Baginda Rasulullah SAW ialah seorang yang sangat menggagumi ayat-ayat Al-Quran sehinggakan baginda menjadikan pembelajaran Al-Quran sebagai kaedah untuk mengajar kanak-kanak. Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”(Bukhari)

Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang panduan untuk menjadikan pembelajaran Al-Quran yang efektif kepada anak-anak.

#1 – Jadikan Guru Sebagai Panduan

Taraf seorang guru atau pendidik dimuliakan di sisi setiap agama dan mereka juga sinonim dengan sumber terbaik dalam memberi pembelajaran dan motivasi di negara-negara yang dinamik. Disebabkan itu, mereka perlu dilayan dengan istimewa.

Tambahan pula, karier mereka dipandang tinggi kerana mereka sanggup mengetepikan keadaan sekeliling demi tugasan dan jawatan mereka sebagai guru untuk memberi panduan yang baik untuk para pelajarnya.

Sehubungan dengan itu, para pendidik yang sesuai dijadikan sebagai pembimbing kitab suci Al-Quran, mereka layak untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dekat dengan Al-Quran dan boleh untuk memikul tanggungjawab itu.

Tambahan pula, Al-Quran banyak menceritakan kisah Rasulullah SAW. Sebagai tenaga pengajar, contohnya, mereka boleh menjadikan Al-Quran itu sebagai garis panduan untuk mereka mengajar tentang apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia.

#2 – Tanggungjawab Ibu Bapa

Secara lumrahnya, kanak-kanak lebih dipengaruhi oleh ibu bapa mereka berbanding orang lain. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka dan mudah terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang tua mereka.

Disebabkan perkara itu, ibu bapa perlu sentiasa mainkan peranan terhadap anak-anak tentang pembelajaran Al-Quran hingga mereka merasakan Al-Quran itu mudah untuk dipelajari. Ibu bapa juga perlu sentiasa menjaga dan mengawasi anak-anak serta memberi tunjuk ajar dan teladan kepada mereka.

#3 – Solat Berjemaah Dalam Keluarga

Perkara ini sangat jelas untuk diperkatakan kerana apabila anda dan anak-anak anda dapat solat bersama maka mereka dapat melakukan apa-apa pun bersama dengan anda. Oleh itu, anda perlu biasakan dengan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama mereka setiap hari.

Secara psikologi, kanak-kanak mudah belajar dengan apa yang ditunjuk di depan mata. Jadi, sebagai ibu bapa, setiap hari anda harus mempraktikkan amalan membaca Al-Quran atau bertadarus. Jadi, apabila anda melakukan amalan itu untuk setiap hari, secara tidak langsung anak-anak anda turut melakukan perkara yang sama.

#4 – Mengulang Kaji Al-Quran Setiap Hari

Salah satu panduan untuk menjadikan pembelajaran Al-Quran lebih berkesan, anda perlu memberi tumpuan terhadap Al-Quran dan mengulang kembali apa yang dibacanya setiap hari. Sekiranya setiap hari anda membuat semakan tentang Al-Quran, anak-anak anda akan terpengaruh sama dan membuatkan ia mudah untuk mereka ingat. Pada saya, langkah ini merupakan langkah yang terbaik untuk anak-anak membaca Al-Quran.

Secara ringkasnya, untuk mempelajari kitab suci Al-Quran bukanlah sukar seperti yang digambarkan. Ikuti sahaja langkah-langkah yang diberi di atas sebagai panduan dan yang penting sekali, anda perlu sentiasa memberi galakan kepada anak-anak anda untuk berupaya membaca dan menghafal Al-Quran. Ia bukan sekadar membantu anda, malah menjadikan pembelajaran tentang Al-Quran lebih berkesan.

Sumber: http://orbitislam.com/make-quran-learning-effective-for-kids/


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Usman Shamaki

Usman Shamaki merupakan pengamal undang-undang yang berpusat di Nigeria. Walaupun ini adalah antara artikel awal yang ditulis oleh beliau di forum awam, tetapi beliau menyuarakan hasrat untuk meneruskan penulisannya di masa akan datang.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami