Site icon Tazkirah

Islam Angkat Wanita Menjadi Mulia

Islam Angkat Wanita Menjadi Mulia - Ustaz Don Daniyal

Islam tidak pernah sesekali mendiskriminasikan wanita, malah berdasarkan sejarah, Islam menerusi Nabi Muhammad s.a.w telah mengangkat martabat wanita yang terhina menjadi sangat mulia. Buktinya, ketika zaman Jahiliyah, mana-mana keluarga yang melahirkan anak perempuan maka mereka akan terasa cukup malu dan terhina.

Lalu ramai bapa yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Setelah Islam datang, wanita telah diberikan posisi yang cukup istimewa sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w berpesan agar para lelaki menjaga wanita kerana mereka adalah anak kunci syurga. Tonton video penerangan ringkas Ustaz Don berkenaan perkara ini.

Exit mobile version