Tokoh

Abu Qassim Al-Zahrawi: Memberi Pengaruh Besar Dalam Ilmu Perubatan Barat

Oleh Anas  •  21 Jun 2017  •  3 min baca

Beliau digelar sebagai Bapa Pembedahan atau Abulcasis, Bulcasim, Bulcari, Alzahawi, Ezzahrawi, Alcaravius dan beberapa lagi sebutan lain oleh Barat.

Abu Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi dilahirkan pada 936 C.E di Cordova. Beliau merupakan pakar bedah terkemuka dunia Islam dan juga merupakan ahli perubatan kepada Raja al-Hakam II dari Sepanyol.

Karya Al-Zahrawi yang paling terkenal ialah Al-Tasrif. Al-Tahrif merupakan sebuah ensiklopedia setebal 30 volume yang meliputi beberapa bahagian termasuk pembedahan, perubatan, ortopedik, oftalmologi, farmakologi, nutrisi dan sebagainya.

Isi kandungan di dalam buku ini adalah data yang dikumpul oleh Al-Zahrawi selama hampir 50 tahun beliau di dalam latihan, mengajar dan amali. Beliau tidak banyak mengembara tetapi mempunyai pengalaman luas mengubati mangsa kemalangan dan peperangan.

At-Tasrif mengandungi banyak pemerhatian asli minat bersejarah. Al-Zahrawi menerangkan dengan panjang lebar tentang punca dan simptom penyakit serta teori kepada mendidik kanak-kanak dan remaja, serta penjagaan mereka yang berusia dan mereka yang sedang dalam pemulihan.

Menerusi bahagian farmakologi dan terapeutik, tulisan Al-Zahrawi adalah meliputi perkara seperti ubat kardium, emetik, laksatif, kosmetologi, ilmu kaji diet, berat, sukatan dan banyak lagi.

Al-Zahrawi turut menyebut dalam bukunya tentang kepentingan hubungan di antara doktor dan pesakit serta menjaga mereka dengan baik selain mendapatkan kepercayaan mereka, tidak kira dari apa jua latar belakang.

Beliau amat menitikberatkan etika dalam bidang perubatan dan menolak sikap sesetengah yang mengamalkan kepentingan material serta mendakwa ahli di dalam perkara yang bukan kepakaran mereka.

Tulisannya mengenai pembedahan adalah amat meluas. Antara perbincangannya adalah mengenai pengkauterian, pembekaman, perbidanan, obstetrik, rawatan luka, kecederaan pada tulang, dan pembedahan ke atas fetus mati yang pernah dijalankan oleh beliau.

Malah, kaedah Kocher untuk mengurangkan bahu terkehel telah ditulis lebih awal oleh Al-Zahrawi di dalam At-Tasrif sebelum kelahiran Kocher.

Al-Zahrawi merupakan pelopor kepada banyak penemuan perubatan termasuk individu pertama yang menjelaskan ‘posisi Walcher’ dalam obstetric, yang pertama menggambarkan lengkung pergigian, depresor lidah, dan keadaan keturunan di sekeliling hemofilia.

Karya lain Al-Zahrawi adalah Liber Servitoris De Preeparatione Medicinarum Simplicium yang dicetak di Venice pada tahun 1471 oleh Nicolaus Jensen. Ia menerangkan tentang penyediaan bahan kimia, pembuat tablet, penurasa ekstrak, dan teknik farmaseutikal.

Sebuah lagi karya Al-Zahrawi mengandungi banyak maklumat mengenai pembedahan, termasuk gambar-gambar alatan pembedahan yang kebanyakannya dicipta sendiri oleh Al-Zahrawi serta keterangan bagaimana menggunakannya.

Ini menjadikan beliau sebagai penulis pertama yang menyediakan kira-kira 200 ilustrasi alatan yang digunakan untuk pembedahan.

At-Tasrif telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke 12 bersama-sama dengan Canon oleh Avicenna atau Ibn Sina.

Buku tersebut telah memainkan peranan besar sebagai teks perubatan di universiti-universiti sekitar Eropah dari abad ke 12 sehingga ke 17 A.D.

Kerana itu, pengaruh Al-Zahrawi dalam bidang pembedahan amat besar di Barat. Malah mereka mengakui beliau adalah ketua bagi semua pembedahan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami