Susunan kata yang indah kadang mampu melunakkan hati yang keras. Mendinginkan amarah yang membara, meredakan hati yang sedang dirudung kesedihan, membugarkan jiwa yang kelemahan, membangkitkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan pelbagai lagi.
Kata-kata mahupun bait-bait indah yang dicipta oleh seseorang itu juga merupakan satu ilham yang tersangat istimewa dianugerahkan kepada mereka yang terpilih.
Sebab itu, tidak mustahil jika ada kata-kata mutiara yang pernah kita baca mahupun dengar itu kadang mudah membuatkan hati tersentuh. Bahkan, jatuh terus ke relung hati yang dalam. Ini kerana, biasanya ia lahir dari hati.
Berikut disajikan beberapa mutiara kata tokoh Islam yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua sebagai bekalan untuk meneruskan pengembaraan di dunia ini.
“Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”
“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiap-siaplah sebelum ia datang, kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.”
“Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepada-Nya, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka janganlah kalian mentaatiku!”
“Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Kerana sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, nescaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan, apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu.”
“Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”
“Berbuat baik akan menimbulkan kekuatan badan, cahaya dalam hati dan mencerahkan penglihatan. Sedang berbuat jahat menjadikan badan lemah, menggelapkan hati dan membutakan penglihatan.”
“Kamu tidak akan memahami agama ini sehingga kamu bersikap tidak peduli tentang dunia ada di tangan siapa.”
“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”
“Apa-apa yang kamu ucapkan di sini (dunia), maka akan ditulis dan dibacakan semuanya nanti di sana (akhirat).”
“Jika engkau ingin hidup tanpa kehinaan, agama dan kehormatanmu sentiasa terjaga. Maka, janganlah terucap darimu keburukan seseorang… Ini kerana setiap yang ada padamu adalah aib, sedangkan orang lain juga memiliki lisan. Jika matamu menampakkan padamu aib-aib orang lain, maka tinggalkanlah dan katakan padanya mereka juga punyai mata…”
“Aku tidak berbangga dengan kejayaan yang aku tidak rencanakan seperti aku tidak akan menyesal atas kegagalan yang terjadi di hujung usaha.”
“Belajar sesuatu ilmu hendaklah dilakukan dengan bertahap. Ini kerana jika sesuatu permulaannya mudah, ia akan menarik bagi orang-orang yang mempelajarinya. Jika hal itu terjadi, maka pelajaran pun akan diterima dengan mudah. Akhirnya, sedikit demi sedikit ilmunya akan bertambah.”
“Jangan sampai engkau sekali-kali melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana sesungguhnya agama itulah tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan oleh sebab itulah kita dimenangkan.”
“Musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan. Permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan. Kita sebenarnya tidak mempunyai waktu untuk bermusuhan (sesama sendiri)…”
“Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti adanya cahaya kehidupan.”
“Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.”
“Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap.
Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Adapun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki.
Manakala, bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti mengikuti hawa nafsu pula merupakan bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat.”
Begitulah serba sedikit mutiara kata yang dikongsikan. Dan, sebenarnya masih banyak lagi mutiara emas yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu buat kita yang terkemudian. Ini tidak lain adalah sebagai satu panduan, nasihat mahupun didikan untuk kita membentuk diri, keluarga dan persekitaran ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Moga ianya bermanfaat. Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.